top of page

Vaksinasi Covid 19: Tiga isu utama perlu diselesaikan - Akmal Nasir



Negara dilaporkan bersiap sedia untuk proses vaksinasi Covid 19 bermula pada Mac tahun ini, namun terdapat beberapa persoalan asas yang masih tidak diselesaikan dengan baik oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menjadi kebimbangan awam.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir, kebimbangan awam atau kemusykilan rakyat perlu diselesaikan segera sekiranya kerajaan mahu hasil yang maksimum daripada program vaksinasi.


Akmal berkata, isu utama yang menghantui fikiran rakyat hari ini adalah sama ada vaksin tersebut selamat atau tidak.


Hal itu, katanya berpunca daripada propaganda pihak anti-vaksin atau maklumat salah yang sampai kepada rakyat tentang pengalaman di negara lain menerusi media sosial.


"Ini mungkin ada unsur-unsur kumpulan tertentu yang mempunyai agenda. Kita tidak boleh ambil mudah isu-isu kesan sampingan, kemudaratan yang berlaku di negara lain mungkin terpencil tetapi ditularkan di sini .


"Apa langkah penyelesaian? Jawapan dari Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang akan menguruskan soal imunisasi ini, cara beliau meyakinkan rakyat adalah dengan PM menjadi orang pertama disuntik vaksin. Hakikatnya, di Malaysia ramai yang telah diminta menjadi sukarelawan dalam kajian vaksin, salah seorangnya Adam Loh dari AMK. Dia telah diiktiraf sebagai orang pertama menerima vaksin.


"Soalnya, adakah bila Tan Sri Muhyiddin ambil vaksin kita semua percaya? Jangan main politik. Tidak perlu gimik media. Yang perlu kita lakukan ialah program vaksinasi dan bagaimana bina keyakinan.


"Salah satu kaedah yang kita boleh buat dengan memastikan sebarang masalah yang timbul di kemudian hari dapat dikawal. Di negara lain mereka mempersiapkan tabung (dana khas) kawal kes-kes tidak diingini. Kalau apa pun berlaku kerajaan akan mengambil tanggungjawab.


"Kaedah kedua, saya cadangkan ialah mengambil skim insurans bagi melindungi mereka yang mengalami kes-kes di luar jangka," katanya dalam siaran di akaun You Tube beliau malam tadi.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu, rakyat masih tidak lupa kerajaan PN mempunyai rekod buruk dan menjadi punca kembalinya wabak Covid ke tengah masyarakat berikutan gagal melaksanakan kuarantin wajib kepada ahli parti yang pulang berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah pada Oktober 2020.


Selain itu, Akmal juga mempertikaikan angka yang diberi oleh Kementerian Kesihatan bahawa sehari maksimum 126,000 rakyat Malaysia akan menerima suntikan.


Katanya, kementerian menyebut terdapat 600 pusat suntikan. Setiap pusat 7 orang bertugas beri suntikan dan mampu memberi 30 suntikan sehari.


"Kita dengar cantik. Tetapi 126,000 ini adakah mampu memenuhi imuniti masyarakat? Pfizer perlukan 2 suntikan, jadi sebulan berapa orang?


"Kita boleh dapat 1.89 juta orang. Kalau dilihat jumlah populasi negara, dicampur warga asing lebih kurang 35 juta. Di Singapura mereka menjangkakan selesai vaksinasi hujung tahun ini.


"Di Malaysia jika guna anggaran tadi paling cepat kita boleh lakukan dalam 18 bulan. Sekarang bulan Februari, hujung bulan barisan hadapan kemudian yang berisiko tinggi. Untuk rakyat biasa bila pula? Sekitar Ogos, dan mahu capai 100% maksudnya 18 bulan dari tarikh itu?" katanya.


Akmal menasihatkan kerajaan agar tidak menjadi hero dalam hal vaksin. semua pihak perlu dirundingi dan diambil pendapat agar rakyat tidak dipersalahkan sekali lagi jika pelan vaksinasi itu terlewat atau tertangguh.


"Angka yang diberikan kerajaan sangat idealistik. Saya risau bila sistem ini terlalu diikat dengan pelaksanaan badan induk, proses akan lewat jika berlaku masalah.


"Kita tidak boleh pusatkan, jangan terlalu kawal di satu pihak. Kita ada badan yang meluluskan, saya rasa proses ini perlu dipercepat dan diperluaskan. Cari jalan memudahkan proses vaksinani," katanya.


Akmal juga mengingatkan kerajaan suoaya memulakan segera kempen vaksinasi. Katanya, tempoh pengambilan vaksin semakin hampir tetapi masih banyak rakyat yang belum diyakinkan.


"Proses kempen perlu diperhebatkan, bukan hanya mengambil agamawan tetapi juga melibatkan pemikiran masyarakat. Perlu diwar-warkan pengambilan vaksin ini demi menyematkan jiran atau keluarga kita," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page