top of page

Saifuddin agih 1,000 ekor ayam, meriahkan Aidilfitri rakyat Batang Kali

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 5 minutes ago
  • 1 min read
Saifuddin (bertopi) turun mengagihkan ayam kepada penduduk DUN Batang Kali
Saifuddin (bertopi) turun mengagihkan ayam kepada penduduk DUN Batang Kali

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad, pada Rabu mengagihkan sebanyak 1,000 ekor ayam kepada penduduk sekitar DUN Batang Kali.


Menurut perkongsian beliau di laman Facebook, inisiatif yang dilaksanakan melalui Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali menerusi program ‘Rendang Aidilfitri’ bertujuan meringankan beban sambutan Aidilfitri yang semakin hampir, selain memastikan keluarga kurang berkemampuan dapat menikmati juadah istimewa pada pagi Syawal.


"Program bermula di Pusat Khidmat Penyelaras DUN di Antara Gapi sebelum diteruskan ke beberapa lokasi lain termasuk Kampung Ulu Rening, Kampung Kuantan, Kampung Sungai Choh, Bukit Sentosa dan Taman Bunga Raya.


"Setiap agihan turut disertakan dengan bahan asas memasak seperti santan, kerisik dan cili kering, sebagai persediaan lengkap menyambut Aidilfitri," katanya yang juga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN.


Saifuddin yang juga Penyelaras DUN Batang Kali sementara itu memaklumkan, beliau turut menyantuni dan menyerahkan sumbangan duit raya serta ayam kepada 27 orang penggali kubur sekitar kawasan tersebut bagi menghargai jasa dan peranan dimainkan mereka.


Pihaknya juga turut membuat serahan zakat wakalah sebagai pelengkap usaha memastikan keperluan asas rakyat terus terbela, agar tiada yang tercicir daripada merasai kemeriahan Aidilfitri.


"Saya percaya setiap usaha kecil ini membawa bersama harapan, memperkukuh rasa kebersamaan dan menyemai semangat kasih sayang dalam masyarakat.


"Mungkin sumbangan ini kelihatan sederhana, namun bagi sesetengah keluarga, inilah yang membawa kegembiraan, mengukir senyuman dan melengkapkan suasana pagi raya mereka," ujarnya menerusi perkongsian tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page