top of page

Vaksin senjata terbaik lawan Covid 19 - Adam Loh




Rakyat tidak perlu berasa khuatir untuk mengambil vaksin Covid 19 yang disediakan kerajaan Malaysia


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Adam Loh Wei Chai berkata, sikap anti-vaksin sesetengah golongan sejak kebelakangan ini bukan sahaja tidak menguntungkan masyarakat tetapi mungkin timbul akibat kekurangan maklumat.


"Banyak kawan yang saya tanya mengapa mereka tak mahu ambil vaksin, jawapan mereka ialah selepas ambil vaksin kita masih kena pakai pelitup muka.


"Ada yang kata, badan saya sihat mengapa nak ambil vaksin? Pada pandangan saya banyak orang tidak berani ambil vaksin kerana mereka tak cukup maklumat.


"Ada yang kata untuk hasilkan vaksin perlukan 5 - 7 tahun tetapi kali ini Covid bermula pada 2020, tak sampai setahun kita ada vaksin. Ini menjadikan mereka takut terhadap teknologi," katanya dalam forum "Bual Bicara : Vaksin Covid- 19, Apa Perlu Anda Tahu Tentang Vaksin?" terbitan Media KEADILAN Kedah semalam.


Adam yang diiktiraf sebagai orang pertama penerima vaksin kajian Covid 19 di Malaysia berkata, tidak ada cara lain yang lebih berkesan memerangi pandemik itu selain menerima suntikan vaksin.


Dengan vaksin, katanya, kehidupan rakyat Malaysia akan kembali normal dan kegiatan ekonomi akan pulih seperti sediakala.


"Saya rasa vaksin adalah senjata terbaik untuk lawan pandemik. Selepas PKP sehingga sekarang, selepas satu tahun kes kita masih 3,000. Tidak selesai masalah. Jadi vaksin adalah cara terbaik untuk anak muda bantu dalam situasi pandemik ini dan kembali ke kehidupan normal," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page