top of page

Vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan - KKM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Gambar hiasan
Vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Gambar hiasan

Kerajaan MADANI terus mengekalkan pemberian dos kelahiran vaksin Hepatitis B dalam Program Imunisasi Kebangsaan.


Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan berkata, keputusan itu selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan komitmen global untuk mencapai sasaran eliminasi Hepatitis B sebagai ancaman kesihatan awam menjelang 2030.


"Jangkitan Hepatitis B pada peringkat awal kehidupan berisiko tinggi menyebabkan jangkitan kronik, yang seterusnya boleh membawa kepada sirosis hati dan kanser hati semasa dewasa.


"Pemberian dos kelahiran vaksin Hepatitis B dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran amat penting bagi mencegah penularan virus Hepatitis B daripada ibu kepada bayi," kata kementerian itu.


Kenyataan itu menyusul keputusan Advisory Committee on Immunisation Practices (ACIP) yang baru-baru ini bersetuju untuk menghentikan pemberian vaksin tersebut dengan mengesyorkan hanya bayi yang dilahirkan oleh ibu yang diuji positif hepatitis B harus menerima dos pada saat kelahiran.


Sementara itu menurut KKM, pelaksanaan dos kelahiran vaksin Hepatitis B di Malaysia terbukti berkesan sejak 1989 dalam mengurangkan kadar jangkitan Hepatitis B dalam kalangan kanak-kanak, serta menyumbang kepada perlindungan kesihatan jangka panjang rakyat.


Sehubungan itu, semua ibu bapa dan penjaga diingatkan agar memastikan bayi mereka menerima vaksin berkenaan mengikut jadual yang ditetapkan, demi melindungi anak-anak daripada jangkitan yang boleh dicegah melalui vaksin.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page