Program pembangunan vaksin Covid 19 buatan Malaysia diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Ke (RMK) 12 namun sebelum itu pada RMK 9 telah diperuntukkan sebanyak RM2 bilion untuk projek pembangunan vaksin negara.
Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH- Kulim Bandar Baharu) bertanya apakah kemajuan yang telah dicapai dalam projek pembangunan vaksin negara sedekad lalu sebelum projek vaksin Covid 19 dimulakan.
"Tajuk pembangunan vaksin Covid 19 ini timbul kerana pandemik Covid dan kerajaan telah mengumumkan pelan pembangunan vaksin negara. Diumumkan juga penubuhan Institut Genom dan Vaksin Negara.
"Saya flashback sedikit. Tajuk pembangunan vaksin ini bukan benda baru. Yang baru ialah pembangunan vaksin untuk Covid 19, tetapi pembangunan vaksin manusia sebenarnya topik lama.
"15 tahun dahulu negara kita ada dasar bioteknologi negara di bawah RMK 9, 2006 - 2010 kerajaan memperuntukkan RM2 bilion dan di bawahnya ada dua agensi Institut Famaseutikal dan Neurosetikal Kebangsaan, kedua Institut Kebangsaan Produk Asli Vaksin dan Biologikal untuk R & D pembangunan manusia.
"Saya nak tanya RM2 bilion, sebelum kita bercakap yang sekarang, kerajaan mesti boleh tunjukkan kepada kita kad kemajuan ini dulu, RM2 bilion (peruntukan lalu)," tanyanya daam perbahasan Dewan Rakyat sesi pagi.
Bagi pembangunan vaksin Covid 19 pula, Saifuddin bertanya apakah ciri khusus hala tuju pembangunan vaksin, terutama dari makmal ke pasaran.
"Yang ini di bawah RMK 12, RM500 juta R&D pembangunan vaksin. Pembangunan vaksin melibatkan 4 kementerian. Kementerian sains, pertanian, kesihatan dan pengajian tinggi.
"Soalan saya apakah ciri khusus hala tuju pembangunan vaksin dari makmal ke pasaran. Apa ciri khusus yang boleh kerajaan yakinkan kita rancangan ini tidak akan tersangkut dan terbengkalai lagi," katanya.
Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang menjawab dari segi pembanguna vaksin MOSTI adalah kementerian yang mengepalainya. Bagaimanapun beliau tidak mempunyai maklumat lanjut untuk vaksin Covid.
"Maklumat detail tak ada. Mungkin saya cuba dapatkan," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata bagi membangunkan vaksin langkah yang dilakukan adalah menggunakan virus yang dibunuh dan ditambah bahan untuk menbuat virus itu bertindak menghasilkan imuniti kepada manusia.
Prosesnya pula panjang, melibatkan percubaan ke atas guna tikus, monyet hingga manusia. Bermula 10 orang, 100 orang dan ujian kepada ribuan orang dan dianalisis sebelum vaksin diluluskan.
Comments