top of page

Utamakan suntikan satu dos vaksin, perluaskan PPV


Ketua Biro Kesihatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Zafri Ismadi Mohd Anis menyarankan dua perkara penting berhubung dasar kesihatan dalam menangani Covid-19.


Beliau menganggap isu pandemik Covid-19 yang semakin genting dan memerlukan langkah tegas kerajaan bagi memastikan ia dapat dikawal.


Justeru, katanya, sebagai antara langkah penting, ABIM menggesa dua langkah berikut dilaksanakan segera untuk mengawal penularan wabak Covid-19 dengan segera.


“Mengutamakan suntikan satu dos vaksin dahulu kepada rakyat Malaysia untuk meningkatkan jumlah rakyat Malaysia yang mendapat perlindungan vaksin.


“Memandangkan bekalan vaksin adalah terhad dan stok yang lebih banyak dijangka akan tiba dalam bulan Julai, maka langkah ini adalah sesuai.


“Tambahan pula, vaksin secara umunya hanya akan mula berkesan dalam 10 hinggi 14 hari selepas suntikan.


“Data daripada kajian berskala besar di United Kingdom menunjukkan perlindungan adalah sangat memuaskan dengan dos pertama iaitu sebanyak sekurang-kurangnya 70 peratus.


“Juga risiko kemasukan hospital berkurangan sehingga 85% dan risiko kematian sehinga 80%.


“Tindakan memberikan dos pertama dahulu adalah penting memandangkan bilangan kematian akibat pandemik ini semakin meningkat. Kapasiti unit rawatan rapi (ICU), hospital dan pusat kuarantin juga sudah sesak dan melimpah.


“Dari segi tempoh perlindungan, kajian mendapati perlindungan masih dapat bertahan selama 12 minggu dari suntikan pertama.


“Harus diingatkan langkah ini bukanlah untuk menafikan keperluan dos kedua. Dos kedua masih perlu diberikan agar perlindungan mencapai lebih 90 peratus.


“Kaedah ini merupakan langkah awal untuk membina immuniti kelompok (herd immunity) dalam tempoh yang lebih cepat, agar membina ketahanan awal rakyat terhadap penularan wabak Covid-19.


“Suntikan tambahan satu lagi dos boleh diberikan melalui pusingan kedua suntikan dos vaksin,” katanya.


Satu lagi cadangan Dr Zafri adalah membuka -luaskan lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk meningkatkan capaian vaksin menyeluruh.


“Usaha kerajaan untuk melibatkan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan klinik swasta adalah sangat dialu-alukan.


“Lokasi mereka yang lebih dekat dengan komuniti membolehkan rakyat mendapat akses yang lebih mudah kepada vaksin.


“Kebanyakan klinik swasta sudah mempunyai perkakas asas untuk pemvaksinan.


“Teknik pemvaksinan secara pandu-lalu yang diperkenalkan juga dapat diulang-laksana di lokasi lain di seluruh negara.


“Adalah diharapkan kerajaan memudahkan dan tidak menyusahkan agar proses pemvaksinan boleh berlangsung tanpa masalah birokrasi.


“Ini semua dibuat agar imuniti kelompok dapat dicapai untuk membolehkan rakyat membina semula kehidupan mereka semula seperti dahulu,” katanya.


Dalam pada itu, Dr Zafri berkata ABIM sebagai gerakan masyarakat akan turut menggembleng untuk tenaga membantu KKM dalam usaha untuk memvaksinkan masyarakat seramai mungkin, secepat mungkin.


“ABIM akan terus memberi sokongan kepada Barisan Hadapan khususnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah membantu untuk mencari jalan keluar kepada Pandemik Covid-19 ini,” katanya.




0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page