top of page

Utamakan permohonan geran tanah anak tempatan Sabah - Raymond



Oleh: Abdullah Zaid


Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar, menyeru agar Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah mengkaji semula cadangan permohonan tanah kepada peneroka dan pemaju luar di Daerah Nabawan dan Pensiangan .


Hal itu katanya, walaupun dari segi peruntukan undang-undang membenarkan pemilikan tanah kepada masyarakat luar namun ia perlu diperhalusi bagi memberi keutamaan kepada penduduk tempatan yang masih gagal mendapat geran pemilikan tanah sendiri.


"Saya sedia maklum dengan peraturan peraturan tanah negeri Sabah yang tidak menghalang sesiapa rakyat Malaysia untuk memohon tanah Kerajaan Negeri Sabah.


"Namun sebagai pemimpin tempatan, saya melihat keadaan penduduk di kawasan ini khususnya suku Murut masih jauh ketinggalan daripada aspek pemilikan tanah sendiri.


"Apa yang lebih menyedihkan, ada di antara pemohon meninggal dunia masih belum mendapat geran tanah sendiri," katanya.


Oleh itu, Raymond yang juga Presiden Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM) menyeru agar gesaan itu dapat dipertimbangkan oleh JTU bagi memastikan keutamaan kepada masyarakat tempatan tidak dipinggirkan.


"Saya menggesa JTU mengkaji semula kelulusan proses pengeluaran geran dan lebih mengutamakan orang tempatan.


"Ia penting untuk warga Murut mempunyai pemilikan dan mengusaha tanah sendiri agar tidak ketinggalan dan mendapat manfaat yang sama," jelasnya.


Justeru, bagi mewujudkan pembangunan lebih lestari, Raymond mencadangkan satu kerjasama ekonomi di antara warga tempatan dan pemaju bagi memberi situasi menang-menang kepada kedua dua belah pihak.


"Saya percaya kerjasama seperti joint venture di antara pemaju dan penduduk tempatan boleh membantu masyarakat di sini.


"Ia bukan sahaja baik tetapi dapat membimbing penduduk tempatan mengusahakan tanah mereka untuk kembangkan aktiviti ekonomi mereka.


"Usaha ini juga selaras dengan tekad PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang konsisten membela dan memperjuangkan nasib golongan yang memerlukan," katanya lagi.


Raymond baru baru ini mempertikaikan kelulusan tanah kepada 5 nama pemohon dengan keluasan keseluruhan sekitar 1,200 ekar untuk menguasahakan ternakan lembu.


Katanya, penduduk tempatan lebih layak disegerakan kelulusan geran tanah memandangkan mereka lebih awal memohon tanah kerajaan.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page