Utamakan nilai kasih sayang, kebijaksanaan, ihsan dalam masyarakat majmuk
- Suara Keadilan

- 6 days ago
- 1 min read

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) hari ini mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di Malaysia yang menyambut perayaan tersebut.
Beliau berharap sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua yang meraikannya.
"Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua yang meraikannya," katanya dalam hantaran di media sosial.
Menurut beliau, dalam kepelbagaian Malaysia, nilai kasih sayang amat perlu terus dipupuk bagi memastikan keharmonian negara berterusan, lebih lagi dalam keadaan politik global yang tidak menentu.
"Dalam kepelbagaian yang kita raikan bersama sebagai sebuah negara, nilai kasih sayang, kebijaksanaan dan ihsan perlu terus disemai agar keharmonian yang telah kita bina sekian lama sentiasa terpelihara," ujarnya.
Tambah beliau, masyarakat juga perlu saling mengingatkan tentang kepentingan hidup dengan rasa hormat dan berbuat baik sesama insan.
"Kita wajar memperkukuh semangat kebersamaan serta perpaduan dalam masyarakat demi masa depan negara yang lebih harmoni," katanya.




Comments