top of page

Utamakan kontrak sosial, hormat antara kaum demi kestabilan



Hubungan kaum di Malaysia, khususnya negeri Selangor perlu dipereratkan bagi menjamin kestabilan negara.


Menurut Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, kebimbangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa kekhuatiran baginda berhubung perpaduan dan keharmonian kaum di Selangor pada waktu ini haruslah diberi perhatian serius oleh rakyat.


Katanya, rakyat juga perlu menginsafi perjuangan pelbagai kaum generasi awal menuntut kemerdekaan agar generasi ketika ini memelihara kestabilan negara dan mempertahankan tolerasi antara kaum atau agama.


"Menginsafi perjuangan Tunku Abdul Rahman dan para pejuang kemerdekaan lalu, jelas perpaduan kaum yang utuh telah berjaya memedekakan negara dari belenggu penjajahan, seterusnya memacu pembangunan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.


"Kepelbagaian agama, kepercayaan, adat, budaya dan latar belakang yang menjadi asas kekuatan negara sepatutnya diraikan dan bukannya dieksploitasi untuk dirobek, diracik atau dihancurkan


"Selaku Exco hal ehwal agama Islam, saya amat kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menggunakan pelbagai cara atas nama agama, bahkan menggunakan agama untuk mewujudkan ketegangan dan perpecahan di kalangan masyarakat hanya semata mata untuk meraih sokongan, kemasyhuran dan kuasa," kata Dr Fahmi dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu lagi, rakyat seharusnya menerima pakai kontrak sosial yang termeterai di dalam Perlembagaan Persekutuan agar perpaduan masyarakat boleh memicu kejayaan khususnya bagi Selangor yang penuh elemen, dan faktor utama pembentukan tamadun yang unggul dan berwibawa.


Dr Fahmi turut memetik ayat al Quran surah al Hujurat, ayat13 yang membawa maksud manusia diciptakan dengan pelbagai bangsa dan puak. Namun hanya mereka yang paling tinggi takwanya dimuliakan di sisi Allah.


"Justeru saya menyeru kepada semua masyarakat berbilang ras dan agama agar menjunjung titah Sultan Selangor .


"Marilah kita bersama menghindari perbuatan dan budaya bersangka buruk, menyebarkan berita tidak tepat, memfitnah, mencela atau menghukum sewenangnya," katanya lagi.


Tegas Dr Fahmi, apa jua perbezaan pandangan akan memberi nilai tambah kepada kemakmuran negeri dan negara, bukannya sebaliknya menjadi punca perbalahan, perpecahan dan kerosakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page