top of page

'Utamakan ketepatan jadual, keselesaan pengangkutan awam, bukan diskaun tambang'



Kementerian Pengangkutan Malaysia digesa agar mengutamakan kualiti pengangkutan awam, ketepatan jadual dan keselesaan pengguna berbanding diskaun tambang atau sebagainya.


Ketua Angkatan Muda HARAPAN, Kelvin Yii Lee Wuen berkata akibat buruknya kualiti pengangkutan awam seperti kelewatan tren, kerosakan kemudahan seperti eskalator atau tandas menyebabkan semakin kurang rakyat yang menggunakannya, terutama di Lembah Kelang yang bergantung kepada pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.


"Masalah yang berterusan sejak sekian lama ini amat menganggu produktiviti di Lembah Kelang, yang merupakan nadi utama ekonomi negara terutamanya dalam sektor perkhidmatan. Ini belum mengambil kira tren rosak dan kemalangan yang berisiko meragut nyawa penumpang.


"Kerajaan Pakatan Harapan melalui mantan Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah memperkenalkan insentif my100 bagi tren dan bas serta my50 untuk bas bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.


"Setelah Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengambil alih Kementerian Pengangkutan, beliau seolah-olah terlebih-lebih ingin mengalahkan atau memusnahkan legasi Loke. Antaranya dengan menamatkan pengecualian kabotaj untuk kapal tertentu, serta merendahkan lagi harga pas my100 sehingga menjadi my50 untuk kedua-dua tren dan bas.


"Namun di sebalik langkah-langkah populis seperti ini, masalah penyelenggaraan yang buruk sehingga krisis tren lewat dan kemudahan rosak semakin menjadi-jadi," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam hal kurangnya kualiti perkhidmatan, Kelvin Yii mahu Menteri Pengangkutan dan operator RapidKL berterus-terang sekiranya dasar-dasar populis Dr Wee telah menyebab kerugian besar RapidKL sehingga kekurangan dana untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan yang kritikal.


"Hal ini kerana selain daripada perkhidmatan untuk orang awam seperti eskalator, lif, tandas dan surau, ada banyak kemudahan lain di sebalik tabir yang turut memerlukan penyelenggaraan seperti sistem elektrik, sistem signal, landasan dan koc tren.


"Saya menyeru agar Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAC) berkenaan infrastruktur dan ahli-ahli Parlimen di Lembah Klang meminta penjelasan daripada Menteri Pengangkutan pada kadar segera," katanya lagi.


Tambah Ahli Parlimen Bandar Kuching itu, sekiranya perlu kerajaan harus memberikan suntikan khas dalam Belanjawan 2023 untuk melakukan kerja-kerja selenggara agar pengangkutan awam di kawasan-kawasan yang terjejas dapat berjalan lancar dan tidak lagi menghalang proses pemulihan ekonomi negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page