top of page

Utamakan kestabilan politik: KEADILAN Sarawak sokong saranan PM

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 1, 2024
  • 2 min read

Updated: Apr 2, 2024



KEADILAN Sarawak menyokong penuh saranan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan beliau ke Kuching kelmarin yang mahu pemerintahan negara diasaskan melalui kestabilan politik.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak, Roland Engan, KEADILAN Sarawak akan sedaya upaya melaksanakan politik matang dan stabil di negeri Malaysia Timur itu bagi mempercepatkan kemajuan seluruh negara.


"Dalam pertemuan bersama PM beberapa isu kenegaraan, pentadbiran Kerajaan, isu rakyat dan isu peranan anggota KEADILAN untuk kelangsungan kestabilan Kerajaan Perpaduan dibincangkan dan diambil maklum antara kedua-dua belah pihak.


"Melalui pertemuan ini juga, MPN Sarawak mengambil maklum nasihat PM dalam kerangka besar memacu pertumbuhan ekonomi negara, adalah penting untuk melaksanakan amanah mentadbir negara berasaskan kestabilan politik apabila pemimpin lebih fokus kepada pentadbiran dengan halatuju yang jelas berbanding terlalu banyak politiking.


"Dengan semangat menjaga kestabilan politik tersebut, MPN Sarawak menerima seruan PM untuk menyemai dan menjaga perpaduan dalam negara mahu pun negeri sebagai keutamaan semua pihak khususnya KEADILAN," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi agenda reformasi pula, kata Roland Engan, anggota dan penyokong perlu memahami pesanan PM yang juga Presiden KEADILAN bahawa Kerajaan Perpaduan yang memerintah hari ini bukanlah terbentuk daripada parti tunggal Pakatan Harapan dan oleh itu perubahan perlu dilaksanakan secara beransur ansur.


"PM dan MPN Sarawak mengambil maklum bahawa harapan penyokong agar Kerajaan Madani melaksanakan agenda reformasi dengan segera, namun semua penyokong perlu faham Kerajaan ini bukanlah Kerajaan dominasi PH.


"Sebaliknya, Kerajaan Perpaduan di bawah konsep Malaysia Madani perlu diurus dengan bijaksana dengan mengambil kira semua pandangan parti-parti komponan yang membentuk kerajaan," katanya.


Bagaimanapun tambah Roland, hal yang dipersetujui bersama adalah membanteras rasuah tanpa kompromi.


Seluruh anggota MPN Sarawak turun bertemua PM yang juga presiden parti DS Anwar Ibrahim

Bagi perkembangan KEADILAN pula, katanya, parti perlu dikembangkan dengan mempergiat aktiviti membantu rakyat dan penglibatan Angkatan Muda Keadilan serta Wanita KEADILAN yang perlu diperkasakan sepanjang masa.


MPN Sarawak juga bersetuju melakukan penstrukturan semula bagi memperkemaskan organisasi.


"Untuk ini, MPN Sarawak yang berhak menentukan halatuju pimpinannya sendiri melalui rundingan antara 31 Ketua Cabang KEADILAN seluruh Sarawak, (bersetuju) dengan Presiden boleh mengemukakan cadangan menstrukturkan semula MPN Sarawak, jika perlu, pada masa akan datang.


"MPN Sarawak juga ambil maklum tentang perkara-perkara lain berkaitan program Kerajaan Madani yang memerlukan penyertaan rakyat untuk mengemaskini data mereka seperti PADU, pelaksanaan program Inisiatif Kemajuan Rakyat (IKR), Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan sebagainya yang perlu ditambah-baik dengan mengambilkira cadangan yang sah dan berasas daripada pelbagai pihak," katanya.


Selain itu dalam aspek pendidikan, MPN Sarawak mengambil maklum bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkaitan pendidikan sudah mulai dilaksanakan bermula daripada penurunan kuasa Kementerian Pendidikan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak berkaitan projek pembangunan berkaitan pendidikan. Masalah ketiadaan dokumen untuk tujuan persekolahan sedang dipermudahkan.


Sehubungan itu, berteraskan konsep Malaysia yang mengutamakan sistem penyampaian yang berkesan sampai ke peringkat akar umbi, kata Roland, pimpinan KEADILAN Sarawak dinasihatkan untuk memberi khidmat terbaik dalam kapasiti sedia ada dengan semangat berpasukan dalam KEADILAN, Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan.


Turut hadir dalam pertemuan bersama PM ialah Timbalan Pengerusi MPN Sarawak, Senator Tuan Abun Sui Anyit, Naib Pengerusi (1) Tuan Piee Ling, Naib Pengerusi (2) Tuan Ibil Jaya, Naib Pengerusi (3) Tuan Diog Dios, Naib Pengerusi (4)/Ketua Wanita Puan Victoria Musa, Setiausaha MPN Sarawak Tuan Abang Zulkefli bin Abang Engkeh, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN/Ketua Cabang Sri Aman Tuan Tay Wei Wei, Ketua-Ketua Cabang, Ahli - Ahli MPN, Ketua-Ketua Wanita Cabang dan Ketua-Ketua Angkatan Muda Cabang seluruh Sarawak.


Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page