top of page

Usul LCS: Syed Saddiq alih tiang gol?



Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dinasihatkan agar tidak mengalih 'tiang gol' dalam isu kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang mencetuskan kontroversi sepanjang tahun kerana berlaku pembaziran.


Menurut Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, isu kapal LCS sedang ditangani sebaik baiknya oleh Kerajaan Perpaduan tanpa diselindung lagi dan hal itu tidak perlu dibahas segera sebagaimana usul yang dibuat Syed Sadiq di Dewan Rakyat dan ditolak baru baru ini.


"Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat mengalihkan tiang gol terhadap isu sebenar penolakan usul yang cuba dibawanya kepada Dewan Rakyat oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat tempoh hari.


"Seperti yang telah diperjelaskan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat secara bertulis dan kemudiannya; walaupun tidak perlu, menerusi kenyataan dalam Dewan Rakyat bahawa laporan berkaitan projek pembinaan LCS tersebut dibentangkan di Parlimen setiap tiga bulan berdasarkan komitmen oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengikut ketetapan Jawatankuasa.


"Maka, wajar untuk hal itu dibahaskan secara objektif berdasarkan maklumat dan perkembangan terkini dikeluarkan dengan tambahan komitmen oleh Speaker membenarkan hal itu dibahas selepas laporan penuh diperoleh.


"Dakwaan Syed Saddiq kononnya usul tersebut ditolak kerana ‘bukan berkepentingan orang ramai’ secara substantif adalah cubaan mengalih isu sebenar," kata sayap pemuda KEADILAN berkenaan dalam satu kenyataan.


Dakwa AMK, Syed Saddiq menggambarkan seolah-olah Dewan Rakyat dan Kerajaan telah secara tidak langsung mengelak dan melindungi siasatan LCS.


Sedangkan isu sebenarnya, kata AMK, adalah usul yang dikemukan oleh Syed Saddiq kepada Yang Di-Pertua dianggap sebagai tidak lengkap kerana tidak menyatakan secara jelas tiga pernyataan penting iaitu “perkara tertentu, berkehendak disegerakan atau berkenaan kepentingan orang ramai” dengan setiap elemen tersebut perlu digariskan pewajarannya; bukan bersandarkan hanya kepada isu yang ingin dibangkitkan.


"Manakala pertikaian Syed Saddiq terkait peningkatan kos dan pengurangan kapal juga telah dijawab oleh Kementerian Pertahanan bahawa perubahan spesifikasi dan inflasi menyumbang kepada perkara tersebut serta penangguhan pembinaan projek kapal LCS akan terus meningkatkan kos pembinaan serta ia tidak boleh ditangguhkan lagi.


"Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari juga telah meletakkan keutamaan dan komitmen bagi menyelesaikan LCS pertama yang dijangka siap pada November 2024 dan ditauliahkan untuk kegunaan TLDM pada akhir 2026," kata kenyataan itu lagi.


Justeru, AMK menasihatkan Syed Saddiq agar tidak terus menyebarkan salah faham atau kenyataan separa benar (half-truth). Tindakan itu katanya adalah tidak adil dan harus ditegur oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan selain turut diambil kira dalam penilaian terhadap permohonan MUDA untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page