Usul gantikan Speaker timbul perbalahan, Ahli Parlimen Jelutong digantung 2 hari



Sidang Parlimen tengah hari tadi tegang apabila Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan mahu Speaker Datuk Azhar Harun menyatakan dengan jelas mengenai usul menggantikan beliau pada sesi persidangan yang lalu tidak dimakmumkan jawapan kepada semua anggota dewan.


Usul berkenaan ditanyakan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran, kerana tidak tersenarai dalam Order Paper atau peraturan mesyuarat dewan.


Bagaimanapun Speaker enggan menjawab dan menyerahkan kepada Timbalan Speaker Datuk Rashid Hasnon yang akan menggantikan beliau pada sesi petang.


Jawapan itu membuat Ahli Parlimen Puchong dan Sepang mempertikaikan Speaker yang sepatutnya maklum usul berkenaan sama ada telah diputuskan atau belum.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencelah di tengah perdebatan agar Speaker memanggil Timbalan Speaker untuk memberikan penjelasan.


"Usul yang dikemukan ini Tuan Speaker bagi penjelasan dan saya terima penjelasan, iaitu Speaker tak mahu campur dan kemudian timbalan Spekaer buat keputusan, tetapi munasabah bahawa keputusan itu dimaklum. Speaker kena tahu keputusan kerana kamu Speaker.


"Tuan Spekaer kata tak tahu, bagi saya ia tidak mudah diterima, oleh kerana perkara melibatkan Speaker. Ia mesti jadi first order selepas soal jawab kerana yang dibangkitkan soal kedudukan Speaker. Saya setuju dengan rakan-rakan, sekurang-kurangnya Timbalan Speaker serah nota kepada Speaker alasannya, atau Speaker menangguhkan sekejap supaya Timbalan datang memberi penjelasan," katanya.

RSN Rayer (tali leher merah) diusir oleh bentara dewan

Timbalan Speaker Rashid Hasnon hadir menggantikan Speaker dan beliau berkata telah menjawab kepada 11 Ahli Parlimen yang mengemukakan usul.


Bagaimanapun situasi tegang dan Ahli Parlimen PH berkata Timbalan Speaker seharusnya memaklumkan jawapan kepada semua anggota dewan.


Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berkata Timbalan Speaker menyalahgunakan kuasa.


"Timbalan speaker, jangan salah guna kuasa. People are watching you. Memalukan," katanya.


Speaker kemudian mengarahkan Rayer menarik balik ungkapan 'memalukan' tetapi Ahli Parlimen Jelutong enggan. Mengakibatkan beliau digantung menghadiri persidangan selama 2 hari.


Namun dewan bergema dengan sorakan 'memalukan' dari Ahli Parimen PH selama beberapa minit sehingga waktu rehat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER