top of page

Usul calon Speaker baharu PN tidak ikut peraturan?

Updated: Jul 9, 2020



Usul pemberhentian Speaker Parlimen Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof terus menjadi perbicaraan hangat dalam kalangan rakyat. Terbaharu timbul persoalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan melantik Speaker baharu tanpa melalui prosedur Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang betul.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir, usul pemberhentian Speaker dimaklumi dilakukan secara mengikut peraturan namun menjadi tanda tanya apabila usul melantik Speaker baharu yang namanya dicalonkan beberapa hari lalu, di luar peraturan mesyuarat.


"Sebagai ahli parlimen kami menerima (pada Selasa) Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul, iaitu jadual untuk persidangan parlimen sesi Julai.


"Antara perkara pertama yang akan dibincangkan ialah mendesak Speaker meletak jawatan. Hal ini telah masuk ke dalam peraturan mesyuarat.


"Namun hal yang menimbulkan pertanyaan ialah usul calon Speaker baharu, nama Speaker (Azhar Harun) baru muncul semalam. Kalau ikut peraturan mesyuarat, jika ingin menamakan seseorang sebagai calon Speaker, perlu diberi notis paling pendek sekurang-kurangnya dua minggu (dari tarikh pembukaan sidang 13 Julai).


"Ini menimbulkan satu persoalan yang agak meragukan dari segi peraturan mesyuarat," katanya dalam sesi siaran langsung Facebook hari ini.


Dalam hal ini, Akmal menyeru agar kerajaan PN patuh kepada peraturan. Beliau mengingatkan PN supaya tidak melanggar peraturan sebagaimana dalam beberapa isu pentadbiran kerajaan sejak mereka berkuasa 4 bulan lalu.


Untuk rekod, PN menamakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Azhar Harun sebagai Speaker baharu dan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said sebagai Timbalan Speaker mengambil alih tempat Mohamad Ariff dan Nga Kor Ming.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page