Usai pencalonan, rakyat perhatikan pimpinan KEADILAN
- Redzuan Shamsudin
- Apr 12, 2022
- 1 min read

Selesai proses pencalonan jawatan utama dalam Pemilihan KEADILAN 2022, calon calon mula menjadi tumpuan rakyat.
Bagi calon Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail, beban berat menanti para calon untuk memperlihatkan kepada rakyat kewibawaan pemimpin wanita terutama menjelang Pilihan Raya Umum yang dijangka beberapa bulan dari sekarang.
"Saya mengesahkan pencalonan saya sebagai Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat dalam pemilihan 2022.
"Usai mendaftar, beban tanggungjawab di bahu serta-merta mula dirasai. Dugaan beberapa tahun kebelakangan ini telah mematangkan KEADILAN. Pengalaman yang matang ini perlu dijelmakan dengan tingkah laku yang dicerminkan secara jelas.
"Saya fikir semua calon kepimpinan yang turut meraikan pesta demokrasi dalam kerangka parti ini mengerti amanah kepimpinan bahtera yang besar ini diperhatikan rapat oleh semua pihak, tidak sahaja Jawatankuasa Pemilihan Parti
"Secara khusus, anggota parti pelbagai lapisan dan rakyat Malaysia keseluruhannya mengikuti rapat perkembangan kita semua," katanya.
Justeru itu, Rodziah menambah, para pimpinan KEADILAN perlulah mengharmonikan hubungan, mengikat etika dan bersemangat mencartakan gagasan pembangunan masa hadapan demi kebaikan parti dan negara.
"Pesanan saya kepada pasukan dan semua calon, jadilah contoh pemimpin yang didambakan rakyat bermula daripada sekarang. Usah ragu-ragu dengan isi dan nilai yang mampu anda tawarkan demi KEADILAN.
"Saya bersedia," katanya lagi.
Comments