Usai pemilihan cabang, perkemas jentera, kukuhkan parti hadapi PRN Sarawak
- Suara Keadilan
- Apr 18
- 1 min read

Usai pemilihan KEADILAN peringkat cabang 2025, anggota parti seharusnya bersatu padu dan memperkemaskan jentera melakukan persiapan menghadapi cabaran lebih besar pada kemudian hari.
Ketua Cabang Hulu Rajang yang mengekalkan jawatan, Senator Abun Sui Anyit menyeru agar semua jentera parti mempersiapkan diri untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang mungkin diadakan pada tahun hadapan.
"Saya menyuarakan rasa syukur di atas kepercayaan yang diamanahkan kepada serta menyeru agar semua ahli-ahli parti bersatu hati dalam memastikan segala perancangan yang sedang direncana dan dilaksanakan akan beroleh titik kejayaan demi kelestarian parti serta memastikan generasi hari ini dan mendatang akan memperoleh kejayaan demi kejayaan
"Semua jentera parti perlu dipersiapkan untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-13 yang bakal dijalankan dalam masa terdekat dengan memperkukuh dan memperkemaskan jentera-jentera parti di semua peringkat," katanya dalam kenyataan.
Abun pada pemilihan minggu lalu berjaya mengekalkan jawatan biarpun dicabar sengit oleh pendatang baharu, Wing Miku.
Beliau mendapat 316 undi sedangkan Wing Miku memperoleh 264 undi.
Abun dalam pada itu berpuas hati kerana sepanjang pemilihan tidak timbul sebarang insiden yang tidak diingini.
"Saya berterima kasih kepada seluruh warga yang turun padang dengan sikap toleransi dan profesionalisme untuk memastikan proses pemilihan berlangsung dalam suasana yang aman dan berjalan lancar," katanya lagi.
Comments