top of page

Usai kongres ahli KEADILAN bergerak sebagai satu pasukan - Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 minutes ago
  • 1 min read

Dr Fuziah merasmikan Kongres AMK dan Wanita KEADILAN malam tadi. Foto: FB Fuziah
Dr Fuziah merasmikan Kongres AMK dan Wanita KEADILAN malam tadi. Foto: FB Fuziah

Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh menyeru ahli parti supaya sentiasa mengingati akujanji dan ikrar parti untuk membangunkan negara, bangsa dan masa depan lebih baik untuk rakyat.


Menerusi ucapan perasmian bersama Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita KEADILAN 2025, di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru malam tadi beliau menyeru agar ahli bergerak semula sebagai satu pasukan sebaik selesai kongres.


"Ini pesanan saya, bawalah politik nilai, setuju tak setuju, tidak mengapa, kita adik beradik, bukan melawan musuh.


"Selepas kongres semua anggota diminta bertaut kembali, berdamai (reconcile) dan bersatu padu (reconsolidate) selain bergerak sebagai satu pasukan, bersatu hati dan mengenepikan perbezaan yang ada


"Bawalah politik baharu, politik nilai, politik khidmat, politik akhlak dan politik kenegaraan" katanya.


Hadir sama pada acara itu ialah Ketua Wanita, Fadhlina Sidek; Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim; Ketua Penerangan Datuk Fahmi Fadzil dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


Fuziah yang juga Ahli Dewan Negara sementara itu turut meminta ahli parti supaya menginsafi bahawa parti itu pernah dihina dan dianggap parti nyamuk sebelum berjaya menerajui Kerajaan.

"Kita bina parti ini dengan kesusahan, air mata dan keringat, bukan mudah untuk kita sampai ke tahap ini dan bina keyakinan rakyat.


"Kita pernah dikata parti nyamuk dan tidak boleh bertahan, namun kita terus bertahan dan hari ini kita menjadi kerajaan dan Presiden parti, Datuk Seri Anwar adalah Perdana Menteri," katanya.


Di Sabah dan Sarawak, proses pengundian akan dijalankan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di Penampang dan Pusat Konvensyen Penview (BCCK) di Kuching.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page