Usahawan PMKS tambah ilmu perniagaan di Sarawak Entrepreneur Outreach
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Kira-kira 100 usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) hadir di Sarawak Entrepreneur Outreach (SEO) yang julung kali dianjurkan di daerah Kota Samarahan baru baru ini, sekali gus mencerminkan sambutan memberangsangkan terhadap usaha memperkasa ekosistem keusahawanan tempatan.
Menurut satu kenyataan, program berkenaan telah dirasmikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Datuk Mustaffa Kamil Ayub.
Mustaffa dalam ucapannya berkata program tersebut memberi peluang kepada usahawan tempatan berdialog dan meningkatkan ilmu pengetahuan perniagaan.

"Antara objektif program ini adalah meningkatkan kefahaman usahawan tentang inisiatif dan sokongan kerajaan MADANI serta memberi ruang berdialog secara terus antara pemain industri dan usahawan tempatan.
"Ia menjadi platform penting bagi membincangkan peluang pembangunan perniagaan dan pengukuhan ekosistem keusahawanan MADANI khususnya di Kota Samarahan," kata kenyataan itu.
Program tersebut, menurut kenyataan berkenaan adalah anjuran Dewan Ikatan Perniagaan Samarahan (DIPS) dengan kerjasama INSKEN, MARA, SEDC, UiTM dan A-Plus Accounting itu berlangsung di Pohonmas Cafe and Restaurant.









Comments