top of page

Usaha tangani kekurangan beras tempatan mula nampak hasil



Masalah gangguan bekalan beras putih tempatan yang sebelum ini sering dibangkitkan telah mulai semakin mereda, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.


Jelasnya, masalah kekurangan bekalan beras berjaya diatasi hasil tuaian padi hujung tahun oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).


Mengakui beras tempatan dalam negara masih belum stabil sepenuhnya, susulan permintaan yang kekal tinggi dalam kalangan pengguna, kementerian jelasnya akan terus berusaha menggandakan bekalan dengan MADA juga sedang dalam proses penanaman semula padi, bagi bekalan tahun hadapan.


"Masih ada (masalah kekurangan beras) tetapi dia reda dan ia masih lagi sedang diusahakan untuk dicukupkan, yang baru tuai sekarang ni sedang dalam proses pengilangan jadi dia baru reda.


"Beras kita hanya baru 65 peratus (kadar sara diri) jadi kita tak cukup 35 peratus, beras tempatan ini sekarang menjadi rebutan sebab harga beras import mahal," katanya.


Mohamad berkata begitu kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kebun Komuniti AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur pada Isnin.


Sementara itu, Mohamad turut menggalakkan komuniti di bandar-bandar besar untuk terlibat dalam usaha keterjaminan makanan melalui pembukaan kebun komuniti di kawasan lapang yang sesuai.


Ia jelasnya boleh boleh dimanfaatkan dengan penanaman tanaman kontan seperti cili, serai, ulam-ulaman, yang sekali gus mampu memberikan manfaat kepada komuniti setempat.


"Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk projek pembangunan komuniti, ia untuk projek komuniti seperti ini bukan hanya pertanian, apa-apa sahaja yang lain dalam bentuk komuniti ada peruntukan.


"Tetapi, (saya sarankan) mohon awal, sebab ia dah boleh dibelanjakan pada bulan Januari nanti," katanya.


Mohammad sementara itu turut meminta kawasan yang ingin dibangunkan sebagai kebun komuniti terlebih dahulu dikenal pasti sesuai dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada infrastruktur sedia ada.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page