top of page

Usaha selesai isu anak tanpa kewarganegaraan dipergiat



Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus menggembleng usaha untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan terutama di kawasan pedalaman.


Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Ucapan Penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara berkata, kerajaan melalui pasukan di bawah inisiatif Pasukan Petugas Khas (PPK) giat masuk ke kawasan pedalaman terutama di Sarawak.


Ia bagi menerima dan menyemak permohonan-permohonan taraf kewarganegaraan daripada penduduk pedalaman yang masih tidak bertaraf warganegara.


"Pegawai pegawai saya yang diketuai Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bersama pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri telah berbincang bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak bagi memutuskan kaedah pelaksanaan Pasukan Petugas Khas ini.


"Inisiatif PPK ini kita akan laksanakan sebaik mungkin untuk memastikan setiap anak Sarawak yang berkelayakan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia," jelasnya.


Saifuddin sebelum itu menjawab soalan Senator Abun Sui Anyit berhubung apakah perancangan kementerian dalam memastikan setiap orang yang lahir di negara ini diberi peluang untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.


Sementara itu jelas Saifuddin, pendataan awal yang telah dibuat pihaknya mendapati terdapat 9,314 individu yang bukan bertaraf warganegara di seluruh negeri Sarawak.


"Justeru, setiap permohonan yang dikemukakan ini akan disemak kelayakannya sama ada layak dari segi Perlembagaan Persekutuan untuk diiktiraf sebagai warganegara," jelasnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page