top of page

Usaha Sabah pulih industri pelancongan beri impak positif



Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah menyambut baik pengumuman rasmi mengenai langkah syarikat penerbangan utama China mengembali penerbangan terus dari negara itu ke Kota Kinabalu.


Dalam satu kenyataan Datuk Christina Liew berkata, keputusan itu satu perkembangan positif kepada sektor pelancongan di negeri itu yang sebelum ini terjejas susulan pendemik Covid-19.


"Ini merupakan masa yang tepat dilakukan oleh tiga syarikat penerbangan China ini, ia juga petanda baik bagi usaha kerajaan negeri bagi memulihkan industri pelancongan di Sabah," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu pegawai tinggi syarikat penerbangan China masing-masing daripada China Southern Airlines, Xiamen Airlines dan China Eastern Airlines yang berpejabat di Kuala Lumpur memaklumkan jadual bagi penerbangan terus ke Kota Kinabalu dari Shenzhen, Xiamen dan Shanghai.


Pengurus Besar China Southern Airlines Eric Wang Xu menurut Christina telah mengesahkan sendiri kepadanya bahawa syarikat penerbangan itu akan beroperasi semula dari Shenzhen ke Kota Kinabalu bermula 29 April ini.


"Terdapat tiga penerbangan setiap minggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat


"Menurut Pengurus Besar Xiamen Airlines Gao Ya Shuang, syarikat berkenaan turut mengumumkan penerbangan terus mereka dari Xiamen ke Kota Kinabalu pada sekitar Mei.


"Pengurus Besar China Eastern Airlines Li Bin juga menjelaskan bahawa pihaknya akan menyambung semula penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu pada Jun atau Julai depan," jelasnya.


Sementara itu, bagi menerima lebih ramai pelancong memasuki negeri itu, Christina mengingatkan pihak Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) agar memastikan kebersihan tandas pada setiap masa selain memastikan kemudahan lain berada dalam keadaan baik.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page