top of page

Usaha rampas kerajaan hanya undang kemarahan rakyat



Usaha pemimpin PN mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan tanpa melalui pilihanraya dikecam Naib Pengerusi KEADILAN Perak.


Menurut Muhamad Arafat Varisai Mahamad usaha merampas kerajaan yang dibentuk dengan restu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menyaksikan tiada mana-mana parti politik mampu membentuk kerajaan secara bersendirian, adalah bukti PN sangat terdesak untuk kembali berkuasa.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta mengingatkan bahawa usaha menjatuhkan kerajaan itu akan pasti dihukum rakyat.


Katanya, rakyat akan melihat ia usaha mensabotaj kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang giat memulihkan ekonomi negara dengan menarik pelabur asing datang ke Malaysia.

"Usaha pihak tertentu menumbangkan kerajaan yang ada ini hanya untuk kepentingan politik semata-mata dan bukan demi rakyat kerana mereka telah merasai nikmat ketika berkuasa dahulu.


"Tapi kita yakin kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini kekal utuh dan terus bekerja untuk negara tanpa menghiraukan tindak-tanduk pihak yang cuba menjatuhkannya," kata Arafat dipetik.


Beliau menambah KEADILAN Perak akan terus membantu Perdana Menteri memastikan hasrat memulihkan negara berjaya dilaksanakan tanpa gangguan.


Terdahulu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengakui pihaknya sedang berusaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.


Kenyataan itu dilihat bertentangan dengan titah Baginda Sultan Abdullah yang mahu kestabilan politik ditegakkan selain berhasrat melihat Anwar menjadi Perdana Menteri terakhir sebelum beliau menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai ketua negara.


Anwar dalam satu Sesi Interaksi Bersama-sama Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Secara Maya di Putrajaya pada Selasa walau bagaimanapun dengan nada cukup optimis menyuarakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya tidak tumbang.


Malahan, beliau percaya, kerajaan yang disertai empat blok dan tiga parti kecil itu boleh kekal bertahan sehingga tempoh penggalnya tamat pada 3 Disember 2027 kelak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page