top of page

Usaha PM Anwar damaikan pihak bertelagah di Myanmar dipuji

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 26
  • 1 min read

Anwar bersama penasihat Thaksin Shinawatra sering mengadakan dialog. Foto: gambar hiasan
Anwar bersama penasihat Thaksin Shinawatra sering mengadakan dialog. Foto: gambar hiasan

Usaha konsisten Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam memperkukuh pendirian bersama ASEAN terhadap krisis Myanmar mendapat pengiktirafan antarabangsa.


Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, memuji langkah berani Pengerusi ASEAN 2025 itu yang mengadakan dialog berasingan dengan pemimpin Majlis Pentadbiran Negara (SAC) dan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) pada April lalu membuka ruang diplomasi penting dalam situasi yang semakin meruncing di Myanmar.


"Saya memuji Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim kerana menyatukan pendirian ASEAN dan mengekalkan hubungan langsung dengan SAC dan NUG.


"Pendekatan ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap penyelesaian damai yang berpaksikan prinsip kemanusiaan dan rundingan terbuka," ujar beliau menerusi satu kenyataan.


Sementara itu, usaha gigih Anwar memulakan dialog bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik di Myanmar turut mendapat pujian Rakan Pengurusan Counter Risk Consultancy Malaysia Sdn Bhd, Peter Nicoll.


Dialog berasingan dianjurkan Anwar dengan kedua-dua junta tentera dan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) menonjolkan "langkah ke arah penglibatan yang mungkin lebih proaktif untuk menyelesaikan konflik."


"Selain itu, ASEAN merancang untuk mendedikasikan mesyuarat akan datang semata-mata kepada konflik Myanmar itu sendiri, bagaikan cuba menghidupkan semula proses damai yang terhenti," katanya dipetik bual bicara khas mengenai ASEAN disiarkan Bernama TV.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page