top of page

Usaha perkasa wanita mesti diterjemah melalui tindakan - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 20
  • 1 min read
ree

Usaha memperkasa wanita tidak boleh sekadar menjadi retorik, sebaliknya mesti diterjemah melalui tindakan nyata.


Gesaan itu disuarakan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucaptama di Forum Ekonomi Wanita (WEF) ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada Khamis.


Tambahnya, forum itu yang turut memperkenalkan gagasan ‘Sheconomy’ telah mengangkat peranan wanita sebagai golongan yang berupaya membentuk hala tuju ekonomi serantau.


"Namun usaha memperkasa golongan wanita tidak boleh hanya berhenti pada perbincangan dan dialog.


"Kita harus pastikan hasil forum ini disusuli tindakan konkrit dan pelaksanaan sebenar termasuk ikrar korporat, kerjasama awam-swasta dan sokongan dasar kerajaan.


"Perubahan hanya berlaku apabila kita benar-benar komited melaksanakannya," katanya dipetik.


Bertemakan “Women Leaders Beyond Borders: Shaping the Future of ASEAN SHEconomy”, forum tersebut menghimpunkan tokoh wanita dari pelbagai negara bagi memperkukuh rangkaian serantau, berkongsi inspirasi serta meneroka peluang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih inklusif.


Sementara itu menerusi ucapannya, Dr Wan Azizah turut menyatakan keyakinan WEF ASEAN sebagai sebuah gerakan diplomasi awam tanpa keuntungan mempunyai potensi besar menjadi platform pendorong transformasi khususnya dalam bidang teknologi, perdagangan, kelestarian dan tadbir urus yang diterajui wanita.


"Saya amat berbesar hati berpeluang bersama wanita yang hebat seperti anda semua. Visi, ketulusan dan dedikasi anda dalam mencipta perubahan bukan sahaja mengagumkan, malah mencetuskan kesedaran tentang apa yang boleh kita capai bersama-sama," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page