Usaha menduduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO diperkukuh - Fadhlina
- Suara Keadilan

- Aug 6
- 1 min read

Malaysia di fasa akhir kempen merebut kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, usaha itu telah digerakkan hampir setahun melalui pendekatan rapi dan berterusan, bagi memastikan Malaysia mendapat kepercayaan dan sokongan daripada negara anggota UNESCO.
"Kita telah melalui beberapa siri kempen pusingan awal dan kini memasuki peringkat akhir. Kita akan melaksanakan tugas-tugas terakhir sebelum keputusan muktamad diumumkan
"Keputusan rasmi dijangka diketahui pada Persidangan Agung UNESCO di Paris, November ini," katanya dipetik selepas menghadiri Majlis Cicipan Kebaya anjuran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di Kuala Lumpur pada Selasa.
Majlis itu turut menjadi sebahagian daripada usaha kempen pencalonan Malaysia, di samping meraikan pengiktirafan kebaya sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO pada Disember lalu.
Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO adalah antara posisi berpengaruh dalam menentukan dasar serta hala tuju strategik organisasi dunia itu.
Sekiranya berjaya menduduki kerusi berprestij itu, ia bakal memberi peluang untuk Malaysia memainkan peranan lebih besar di peringkat antarabangsa.









Comments