top of page

Usaha lawan Covid sukar tanpa tambah kakitangan Kementerian Kesihatan - Lee Boon Chye


Peningkatan mendadak jumlah pesakit Covid 19 dalam seminggu ini dijangka akan menekan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama pasukan barisan hadapan dalam mengawal keadaan.


Mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) agak sukar untuk berjaya dalam perang melawan gelombang keempat Covid 19 kerana telah mengabaikan gesaan pengkritik untuk menambah sejumlah besar kakitangan di KKM sejak tahun lalu.


"Gelombang keempat Covid menunjukkan usaha setakat ini telah gagal, dan saya juga tidak lihat kerajaan bersedia untuk menambah anggota di KKM dalam masa terdekat untuk tangani pandemik itu.


"Ini benar-benar membuktikan PN gagal. Saya juga hendak tekankan bahawa kerajaan sepatutnya menjurus kepada kawalan pandemik.


"Sepatutnya dalam krisis semua tenaga kena gembleng. Perlu ada 'Kabinet perang' dan perlu juga penstrukturan semula supaya jabatan yang kurang aktif harus dialihkan tenaga, sumber dan kawalan kepada kawalan pandemik," katanya.


Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Gopeng itu, perisytiharan darurat yang dibuat awal Januari lalu tanpa strategi khusus atau polisi tertentu kesihatan telah tidak mendatang apa-apa kesan positif.


Katanya, darurat yang dikuatkuasakan tidak lebih daripada tindakan politik dan rakyat tidak melihat manfaat kepada sistem kesihatan negara.


Mengenai kenyataan kerajaan usaha sedang dibuat untuk memulihkan ekonomi, Dr Lee menyangkal pendapat seumpama itu.


Katanya, tidak ada pembaikan ekonomi boleh dilakukan selagi mana Covid tidak berjaya dikawal, dalam keadaan ekonomi negara terdedah kepada 'tutup dan buka' pelbagai sektor yang tidak dapat dijangkakan.


"Jadi kalau pandemik tidak boleh dikawal, kita tidak boleh pulihkan ekonomi. Keutamaan adalah memulihkan negara kita daripada pandemik.


"Dalam usaha ini PM sudah gagal memberi satu hala tuju kerajaan untuk hadapi krisis pandemik, " katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page