top of page

Usaha KDN perkenal RUU Tahanan di Rumah sesuai konteks, keperluan semasa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 21
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperkenalkan rang undang-undang (RUU) khusus berkaitan tahanan di rumah di Malaysia sebagai langkah yang dilihat mampu menangani kesesakan penjara dan membantu proses pemulihan banduan seiring dengan konteks dan keperluan semasa.


Seorang pengamal undang-undang, Bryan Ng Yih Miin (gambar) berkata, pendekatan ini selari dengan amalan negara-negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat, Itali, Perancis dan China yang telah lama melaksanakan sistem tahanan di rumah dengan pemantauan elektronik.


"Negara-negara ini menggunakan sistem pengawasan seperti alat pengesan GPS di kaki banduan untuk mengawal pergerakan mereka. Ia terbukti efektif dan kosnya lebih rendah berbanding penahanan dalam penjara konvensional.


"Setakat ini, Malaysia belum mempunyai peruntukan undang-undang yang jelas dan menyeluruh dalam menguruskan tahanan di rumah," kata Bryan kepada Suara Keadilan.


Justeru katanya, usaha KDN sejak tahun lalu mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk penggubal dasar, badan penguat kuasa, institusi pemulihan serta masyarakat sivil bagi merangka dasar yang komprehensif dan realistik wajar dihargai.


Menurut Bryan, langkah tersebut menunjukkan tahanan di rumah boleh membantu mempercepat proses reintegrasi banduan ke dalam masyarakat, sekali gus mengurangkan risiko mereka kembali terjebak dalam kegiatan jenayah.


Malah katanya, pendekatan ini dikatakan mampu mengurangkan kes bunuh diri, masalah pengangguran serta tekanan psikososial dalam kalangan bekas banduan selepas dibebaskan.


Ketika ditanya sama ada kebimbangan kemungkinan wujudnya prejudis terhadap kes-kes yang sedang berjalan di mahkamah sekiranya undang-undang tahanan di rumah dilaksanakan sebelum kelulusannya di Parlimen.


"Sebelum sebarang pelaksanaan, kita perlukan satu rangka undang-undang yang kukuh dan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan atau salah faham dari segi kuasa mahkamah dan perlaksanaan penguatkuasaan.


"Menurut Bryan, sebahagian strategi pemulihan yang digariskan ialah menempatkan banduan yang menjalani tahanan di rumah untuk menyertai aktiviti kerja komuniti seperti di kilang atau premis perniagaan, sesuai dengan inisiatif pemulihan sosial yang digariskan oleh kementerian," katanya lagi.


Pada Mei 2025, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dipetik berkata, Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan Akta Tahanan Rumah tahun ini sebagai alternatif mengurangkan kesesakan dalam penjara.


Menurut kenyataan, langkah itu penting bagi menyumbang kepada modul pemulihan di penjara yang lebih baik selain dilihat lebih berperikemanusian, selain isu dalam penjara seperti kesesakan yang boleh menyumbang satu keadaan yang tidak kondusif, kesihatan, pergaduhan dan sebagainya serta tidak membantu modul pemulihan.


Saifuddin turut memetik Pusat Data Sains Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memproses maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang mana kes dadah paling tinggi dilaporkan daripada 395,000 aduan diterima setiap bulan.


Katanya, berdasarkan analisis, kebanyakan kes adalah di bawah Seksyen 15(1) (menggunakan dadah dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (memiliki dadah) dan menunjukkan pesalah dadah berpotensi melakukan 28 kesalahan jenayah lain termasuk mencuri, merompak dan samun serta kesalahan berulang.


Beliau merujuk Penjara Machang, Kelantan sebagai contoh yang kini mencatat kadar kesesakan tertinggi di negara ini apabila menempatkan lebih dua kali ganda jumlah banduan daripada kapasiti asal dengan 83 peratus daripadanya terlibat dalam kes berkaitan dadah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page