top of page

Usaha GPS tambah kerusi parlimen Sarawak disokong - Abang Zulkifli



Usaha Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mencadangkan penambahan kerusi parlimen bagi wilayah Borneo atau Sabah dan Sarawak sehingga membentuk 1/3 daripada bilangan keseluruhan kerusi Dewan Rakyat seharusnya disokong.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh, usaha itu kelak akan memudahkan wakil rakyat Malaysia Timur untuk memperjuangkan hak hak penduduk di Parlimen.


Katanya, kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PBB, Fazzrudin Abdul Rahman baru baru ini yang menyentuh isu berkenaan amat bertepatan dengan keinginan rakyat Sarawak secara amnya.


"Kita mesti melihat pertambahan kerusi ini dari perspektif hak Sarawak dan Sabah yang harus ditunaikan dan dihormati oleh kepimpinan negara.


"Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan tuntutan dalam isu MA63 (Perjanjian Malaysia bagi) Sarawak harus dilihat secara menyeluruh.


"Salah satu tuntutan tersebut ialah untuk mewujudkan keadilan bagi menseimbangkan kuasa antara tiga wilayah ini dan tuntutan 1/3 (kerusi) dari jumlah itu adalah sangat wajar.


"Saya secara peribadi sangat menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh Sarawak dan Sabah untuk memulihkan hubungan politik, kuasa dan pentadbiran antara wilayah berdasarkan yang termaktuk dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963," katanya dalam satu kenyataan.

Abang Zulkifli Abang Engkeh

Abang Zulkifli berkata, cadangan berkenaan juga bersesuaian dengan Deklarasi Kuching yang dimeterai Komponen Pakatan Rakyat pada tahun 2010 lalu yang bersabit hal autonomi Sarawak yang terangkum dalam Laporan Suruhanjaya Cobold.


Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Jepak pula, Abang Zulkifli yang juga Ahli Majlis PimpinanKEADILAN Sarawak berkata, sokongan dari segi moral perlu diberikan kepada calon GPS biar pun tiada sebarang perjanjian kerjasama bertulis di antara Pakatan Harapan dan GPS di peringkat negeri buat masa ini.


"Dalam hal PRK di Jepak, saya berpendapat, adalah wajar bagi kita memberi sokongan moral kepada calon GPS. Langkah KEADILAN tidak meletakan calon di Jepak adalah satu keputusan yang tepat.


"Kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama GPS dan pasukan dalam memulihkan keadaan politik dan ekonomi negara adalah lebih penting daripada memikirkan kepentingan politik kelompok.

"Sewaktu pilihanraya di enam negeri yang berlaku di Semenanjung sebelum ini, saya pun melihat kelibat beberapa orang pimpinan GPS hadir di beberapa lokasi perhimpunan yang dianjurkan oleh PH dan UMNO," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page