Usaha bawa Halal JAKIM ke China
- Suara Keadilan
- Apr 30
- 1 min read

Mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Selangor, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar baru baru ini berusaha mempromosi pensijilan Halal JAKIM ke China.
Menurutnya, usaha itu dilakukan kerana beliau sendiri salah seorang penasihat syariah kepada beberapa syarikat berpengkalan di China.
"Saya dan wakil dari China sedang merancang untuk mempromosi dan membawa Halal JAKIM ke China, berkebetulan saya sendiri telah dilantik sebagai penasihat syariah beberapa pengusaha dari China baru baru ini.
"Usaha saya lebih kepada dakwah dan kerja tidak bermotifkan keuntungan," katanya dalam muat naik di Facebook.
Beliau berharap usaha tidak mengutamakan keutungan itu akan dipermudahkan.
Comments