top of page

Usah halang syarikat beli vaksin, mereka juga mahu selamatkan diri


Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terkilan terhadap keputusan kerajaan yang cukup sukar untuk membenarkan syarikat swasta membeli vaksin dengan segera.


Ahli Parlimen Port Dickson itu berpandangan, rata-rata majikan amat memerlukan vaksin bagi meneruskan kelangsungan syarikat terutamanya ketika PKP 3.0.


"Persoalannya, kenapa syarikat dihalang itu memang satu keputusan paling mengelirukan. Kalau istilah kasarnya adalah bangang.


"Syarikat swasta sudah terdesak, kalau mereka mampu beli, biar dia beli supaya bila masuk ke mysejahtera, dia dapat diselamatkan.


"Walaupun sekarang ada sedikit kelonggaran tetapi syarat tetap banyak, kena melalui kerajaan, kalau Sinovac kena lalu Pharmaniaga, ia mempersulitkan proses dan ini masih belum ada penjelasan.


"Biar syarikat besar beli kerana kalau dia ada tanggungan 10,000 pekerja, ini termasuk ahli keluarga menjadikannya dalam 40,000 orang. Ini tanggungjawab dia.


"Ketika PKP ini, ada syarikat yang kaya, ada yang tutup. PKS pun ada dalam 100,000 sudah tutup.


"Apa salahnya dibenarkan? Izinkan mereka membeli dan ambil tanggungjawab menyuntik pekerja dan keluarga mereka," katanya.


Dalam pada itu, Anwar berharap jumlah ujian saringan Covid-19 setiap hari tidak menurun kerana ia tidak akan menunjukkan keadaan sebenar penularan wabak itu.


"Tolong tambah testing, kita liha Selangor sudah membantu. Kalau tak buat testing yang banyak, kita tak tahu sejauh mana penularan ini sama ada lebih atau kurang.


"Sekarang ujian saringan menurun, kalau bilangannya dalam 128,000 ujian setiap hari jadi adakah jumlah kes 5,000 ke 6,000 sehari. Keraguan ini yang menghakis keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan dalam memberikan data sebenar.


"Kalau ada data kita dapat tangani lebih berkesan. Kalau hospital penuh tak bermakna testing tak boleh dibuat, jangan mendera rakyat. Testing harus dibuat, tak boleh compang-camping.


"Jumlah kes positif tertakluk kepada ujian saringan, kalau berkesan pengesanan kontak rapat juga akan berkesan. Jadi paling penting vaksin mesti disegerakan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page