top of page

UPKO sokong kerjasama politik PH - BN/PN, reformasi institusi dan Parlimen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 27, 2021
  • 2 min read

Perubahan yang melanda negara pasca pentadbiran Perdana Menteri Mahiaddin Yassin akan memperlihatkan situasi politik lebih sederhana dan memungkinkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan BN/Perikatan Nasional dibentuk


Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, politik baharu tidak akan menggunakan pendekatan hentam menghentam sebaliknya rakyat perlu memilih polisi mana yang lebih baik antara parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya.


"Kita masuk dalam keadaan politik yang baru bagi Malaysia, saya dimaklumkan kerajaan PM baru dan juga pucuk pimpinan PH setuju mengadakan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dan proses sekarang menentukan terma CSA ini


"Cara politik sudah berlainan dan bukan hasut menghasut dan hentam satu sama lain. Jadi ke depan kita akan besaing dengan kekuatan dasar yang kita milikki. Kita akan bersaing polisi," katanya.


Wilfed mencadangkan agar parti-parti politik di Malaysia meniru gaya negara maju di Amerika Syarikat atau Eropah yang mana diberikan peruntukan kerajaan untuk bajet penyelidikan parti-parti terbabit dan tidak sebagaimana amalan sebelum ini pembangkang tidak mendapat apa-apa.


"Satu lagi reformasi perlu dibuat ialah pendanaan parti politik. Dalam hal ini kita mahu cadangkan dibuat public funding.


"Parti politik ini sebahagian kewangannya dari bajet kerajaan dan bajet parti politik itu diukur dari segi bilangan sokongan dia dalam PRU. Kewangan ini digunakan untuk membuat penyelidikan dalam dasar tertentu. Itulah yang kita tawarkan kepada rakyat


"Kalau Unno ada dasar ini, kita PH dasar ini pula, jadi rakyat pilihlah.


"Jadi kalau Umno masih politik perkauman, kita pula pelbagai kaum maka rakyat pilih," katanya.


Selain itu, beliau juga mencadangkan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dibentuk dan jika boleh untuk setiap kementerian.


Katanya, jawatankuasa itu boleh bermesyuarat satu kementerian setiap minggu. Katanya, pihak pembangkang kita akan membawa suara rakyat, dan cadangan dari segi dasar untuk kerajaan pertimbangkan


Manakala bagi menghindarkan kerajaan menggunakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mengugut pembangkang, Wilfred mencadangkan agar pendaftaran parti politik diletak di bawah Parlimen.


"Pendaftaran parti politik jangan lagi di bawah ROS. Balik-balik diancam untuk diharamkan dan sebagainya, biar diletak di bawah Parlimen kerana Parlimen bertanggungjawab untuk melahirkan pembuat undang-undnag. Biar mereka mengawal selia," katanya.


Beliau juga menyarankan supaya proses membuat undang-undang dilakukan sepenuhnya oleh Parlimen dan bukannya Jabatan Peguam Negara.


Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya, SPRM, LHDN dan sebagainya perlu dijadikan lebih bebas dalam reformasi institusi seperti yang dipersetujui dalam persefahaman PH dan BN/PN.







Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page