top of page

Untuk menang PRU, PH perlu yakinkan rakyat tidak berlaku lagi pengkhianatan - AMK Wilayah



Kesediaan rakyat untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 amat bergantung kepada keyakinan bahawa tidak akan berlaku lagi pengkhianatan selepas kerajaan ditubuhkan.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan, Mohammad Azfar Aza Azhar, penentu kemengan tidak terletak kepada berapa banyak parti komponen PH tetapi kualiti yang ditunjukkan oleh parti parti yang bergabung dan rakyat tidak sangsi untuk meletakkan harapan.


"Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan mengalu-alukan semua pihak, baik daripada parti-parti politik, NGO atau individu yang ingin bekerjasama dengan PH dalam usaha meyakinkan rakyat bagi berdepan PRU 15.


"Namun pimpinan PH perlu sedar yang menjadi penentu untuk ke Putrajaya ialah gerak kerja kita dalam meyakinkan rakyat.


"Tanpa dukungan dan keyakinan rakyat, sekalipun disertai 14 parti komponen seperti mana BN dalam PRU 14, tetap tidak akan memberi kemenangan. Rakyat dan akar umbi parti tidak mahu PH dan KEADILAN dikhianati sekali lagi seperti mana episod Langkah Sheraton.


"Kita perlu memilih calon-calon pilihan raya dan rakan komponen yang ikhlas berjuang demi rakyat dan bukannya hanya mengganggu-gugat dan memecah belah PH di kala kita sedang mendapatkan momentum yang baik dalam usaha meyakinkan rakyat," kata Azfar Aza dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, katanya, keputusan mempertimbang kemasukan mana-mana parti sebagai parti komponen baharu atau strategic electoral pact kepada PH perlu dibincangkan sebaik mungkin dan seberapa cermat yang boleh.


"Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan juga berpandangan keputusan mempertimbang kemasukan mana-mana parti perlu dibincangkan sebaik mungkin dengan mengambil pandangan akar umbi termasuk anggota dan pimpinan daripada Ranting, Cabang, AMK dan Wanita KEADILAN sebelum dibincangkan secara khusus di dalam Majlis Presiden PH.


"Pimpinan PH perlu berdepan dan berani untuk turun ke negeri-negeri mendengar sendiri pandangan akar umbi setiap parti," katanya lagi.


Katanya, Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan turut menyeru rakan-rakan dalam PH untuk terus bekerja meyakinkan rakyat dan mengelakkan sebarang usaha untuk memecahbelahkan perpaduan PH.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page