Untuk apa beri one off kepada pekerja, SIP tidak digunakan - Abdullah Sani



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu memberi bantuan one off kepada golongan pekerja di Malaysia, terutama kepada yang diberhentikan kerana Skim Insurans Pekerja (SIP) telah melindungi mereka.


Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, akibat SIP tidak digunakan sepenuhnya maka berlaku permintaan mengeluarkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dan sebagainya daripada pekerja yang kehilangan pekerjaan.


"SIP ini ada dalam akta tetapi tidak diguna sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan sanggup memberikan pemberian one off yang difikirkan boleh dimanfaatkan pekerja.


"Sedangkan dalam SIP itu ada aturcata atau peraturan-peraturan yang boleh kita pohon apabila kita dibuang kerja, sama ada akibat bencana, malapetaka (Covid 19) dan sebagainya, layak mendapat peruntukan SIP .


"Apa yang saya lihat ialah berlaku ketidakpantasan oleh kerajaan dalam isu ini. Sepatutnya mereka dalam bajet yang baru (2021) memberikan satu dana khas kepada SIP dan selepas itu boleh diambil kembali dalam proses pengumpulan pencarum selepas pandemik Covid," katanya.


Abdullah yang memperjuangkan SIP sejak bertahun-tahun lalu sehingga wujudnya akta insurans tersebut pada 2018 tidak faham mengapakah kerajaan gagal menggunakan sepenuhnya SIP dalam waktu pemberhentian pekerjaan besar-besaran ekoran pandemik Covid 19.


Katanya, SIP yang memotong wang caruman pekerja sebanyak 0.2% dan majikan 0.2% telah mengumpul dana sekitar RM2 bilion, cukup untuk menangani keperluan pekerja bagi mendapatkan pinjaman modal dan sebagainya tanpa melibatkan dana KWSP.


"Apa yang saya lihat ialah tidak ada penampungan daripada pemberian atau pinjaman sementara daripada SIP. Dia (pencarum) boleh bayar dalam masa 5 tahun, 7 tahun," ujarnya.


Dana SIP juga, kata mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu, boleh digunakan untuk melatih pekerja dalam bidang kemahiran lain dan menceburi pekerjaan baharu selepas bersedia.


"Pekerja boleh mengambil kemahiran yang lain. dan membolehkan dia merujuk kepada TVET atau kementerian-kementerian yang bersangkutan untuk penambahan kemahiran," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio