top of page

Unjuran ekonomi dunia 2023 dijangka tumbuh 2%



Pertumbuhan ekonomi pada 2023 diunjur lemah oleh Bank Dunia, sekitar 2%. Pertumbuhan yang rendah itu akibat ekonomi global yang tidak menentu dihimpit kenaikan harga bahan bakar serta makanan akibat perang Rusia - Ukraine yang berlanjutan dan berkembang menjadi konflik besar antara Amerika Syarikat serta blok Eropah melawan Rusia.


Menurut Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Parlimen berkenaan Ekonomi dan Kewangan, Lee Chean Chung, yang menghadiri mesyuarat pada hari ini menegaskan data Bank Dunia yang dibentangkan menjangka pertumbuhan yang kurang baik bagi rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia.


"Kami memperincikan Pelan Peralihan Tenaga Negara dan Laporan Ekonomi Bank Dunia.


"Unjuran pertumbuhan GDP sedunia telah direndahkan kepada 2%, namun pertumbuhan Malaysia dijangka kental pada 3.9%, iaitu 2% lebih tinggi dari purata dunia," katanya dalam catatan di Facebook.


Sehubungan itu, Chean Chung yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya berharap kerajaan akan berbelanja lebih berhemah pada tahun 2024 dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.


"Kerajaan wajar berbelanja secara berhemat dan menstruktur semula subsidi kepada mereka yang betul-betul memerlukan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page