top of page

Universiti wanita: Masalah peluang pekerjaan tidak selesai, untuk apa IPT khas?



Idea Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Noraini Ahmad untuk mewujudkan universiti wanita di negara ini dibantah banyak pihak kerana tidak rasional dan gagal menjawab masalah sebenar pendidikan negara.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Perak, Sandrea Ng Shy Ching, idea universiti wanita itu bersifat populis dan hanya membazirkan dana rakyat tanpa manfaat yang jelas.


"Selepas 3 tahun menerajui Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Noraini memberi idea menubuhkan sebuah universiti khas untuk wanita. Jelas Menteri Umno ini tidak faham isu pokok dan cabaran yang dihadapi sistem pengajian tinggi negara.


"Masalah utama pendidikan tertiari di Malaysia adalah masalah institusi, bukannya isu jantina.


"Usahlah Noraini memberikan cadangan populis untuk membina imej beliau sebagai pembela nasib golongan wanita. Padahal ianya langsung tidak membantu dalam menyelesaikan masalah generasi muda negara," kata Sandrea Ng dalam satu kenyataan.


Tegas ADUN Teja itu, nisbah jumlah pelajar wanita di menara gading sejak lebih dua dekad lalu telah mengatasi pelajar lelaki dan tidak memerlukan mereka diletakkan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khas.


"Sedangkan masalah besar yang membelenggu IPT tempatan ialah prasarana pendidikan, kebajikan mahasiswa, kurikulum yang kurang menepati keperluan pasaran kerja, termasuklah masalah terbesar ketiadaan peluang pekerjaan bagi graduan.


"Inilah masalah yang memerlukan perhatian dan tindakan segera," katanya.


Tambah beliau, Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut menunjukkan kategori pencapaian pendidikan antara sektor yang mana pencapaian wanita jelas mengatasi lelaki, namun tidak pada bidang lain yang mana golongan wanita masih jauh ketinggalan seperti peluang dan penyerta ekonomi serta penguasaan politik.


Sandrea Ng juga mengingatkan Noraini, masalah yang lebih utama diselesaikan adalah berhubung hasil kaji selidik Jabatan Perangkaan yang mendedahkan kira-kira 390,000 atau 72.1% lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak mahu menyambung pelajaran.


"Jadi tiada gunanya kerajaan terus menambah jumlah universiti dalam negara selagi isu kualiti pendidikan dan peluang pekerjaan gagal diperbaiki untuk memberikan keyakinan kepada anak muda bagi melanjutkan pelajaran.


"Menteri perlu bersikap ikhlas dan pragmatik berhubung menangani isu-isu pendidikan. Perlu diingatkan bahawa Malaysia tidak memerlukan universiti yang lebih banyak, kita hanya perlukan universiti yang lebih baik," sinisnya.




0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page