top of page

Universiti digalak pasang panel solar jimat tenaga elektrik



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan berharap lebih banyak universiti awam (UA) dapat memasang panel solat bagi menampung penggunaan tenaga elektrik harian, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.


Beliau memberitahu setakat ini Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaya (UM) sudah mula menggunakan panel solar di kampus masing-masing sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam melestarikan sistem pembekalan elektrik negara.


"Ia (pemasangan solar) merupakan satu perkara positif kerana universiti dapat melihat bagaimana untuk menggunakan panel solar dan tenaga boleh baharu (TBB).


"Bagi universiti awam yang banyak melakukan penyelidikan, impaknya amat positif bukan sahaja dari segi penjimatan tenaga tetapi juga dari segi penyelidikan yang dilakukan," kata Nik Nazmi Nik Ahmad kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek ‘Rooftop Solar Photovoltaic (PV) UPM dipetik Bernama.


Turut dimeterai memorandum persefahaman antara UPM dan Syarikat Hampshire Automotive Sdn Bhd bagi penyelidikan bidang kenderaan elektrik (EV) dan ‘battery energy storage system’ (BESS) bertujuan menyokong dasar peralihan tenaga negara dan usaha negara mencapai hasrat 45 peratus pengurangan gas rumah hijau pada tahun 2030.


Sementara itu, Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata UPM telah menjalin kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya GSPARX Sdn Bhd bermula Januari 2022 membabitkan pemasangan sistem solar berkapasiti 16.18 megawatt (MW) di 12 lokasi sekitar universiti tersebut.


Pemasangan sistem solar itu telah memberikan pulangan penjimatan sehingga RM2.47 juta serta mampu mengurangkan 14,665 tan metrik karbon dioksida setahun.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page