Unit Perusahaan Kecil dan Serdahana (PKS) KEADILAN berharap Tahun Baharu Cina kali ini memberi pengharapan bahawa negara akan keluar daripada krisis ekonomi dan menuju ke arah kemakmuran.
Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, Unit PKS di bawah naungan pejabat Bendahari Agung yang ditubuhkan ditubuhkan sejak tahun 2020 itu telah membantu menjadi perantara di antara PKS, KEADILAN dan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.
Katanya, Pengarah Unit PKS, Dr Wong Ruen Yuan menyatakan mereka telah menganjurkan lebih 5 kali sesi dialog dengan organisasi industri-industri, bank dan juga kedutaan sejak 2 tahun penubuhan.
"Unit PKS akan terus memberi tumpuan sepenuhnya dalam isu yang dihadapi oleh PKS seperti masalah birokrasi, pembiayaan korporat, kekurangan tenaga kerja dan sebagainya.
"Pada masa yang sama, Unit PKS KEADILAN akan berhubung rapat dengan perusahaan-perusahaan Kecil dan Sederhana dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan baik," kata Chean Chung.
Bagi usahawan dan ahli perniagaan yang berminat dalam dasar, organisasi dan menyatukan PKS, bolehlah menghubungi setiausaha Unit PKS KEADILAN, Deric Teh di talian 017-2956988.
Comentarios