top of page

Unisel-KDH tawar Program Pengajian Madani, lahirkan pemimpin insani

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 24, 2024
  • 1 min read

ree

Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) semalam memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menjalin kerjasama menawarkan kursus Pengajian Madani, iaitu program pascasiswazah baharu yang dijangka bermula pada 2025.


Menurut satu kenyataan, perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden dan Naib Canselor Unisel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dan Presiden KDH Datuk Dr Muhammad Nur Manuty yang disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan pada majlis di Kampus Unisel Shah Alam.


Dr Zulkifli dalam ucapannya berkata, program Pengajian Madani tersebut akan menjadi satu konsep atau gagasan untuk pendidikan berbentuk kepimpinan dari segi pemikiran secara menyeluruh.


Prof Redzuan (kanan sekali), Dr Zulkifli dan Dr Muhamad Nur Manuty dalam majlis MoA
Prof Redzuan (kanan sekali), Dr Zulkifli dan Dr Muhamad Nur Manuty dalam majlis MoA

"Sebenarnya realiti hari ini, kita lihat perkembangan positif dengan ramai aktivis, penggiat dan pelaksana menolong dan membuat kebaikan serta menyebarkan rahmah kepada seluruh alam.


"Namun, kita kekurangan dan ketinggalan (aspek) ‘thought of leadership’ iaitu kepimpinan dari aspek pemikiran.


"Jadi, pelancaran program ini tepat pada waktunya dan kita ingin melahirkan lebih ramai ‘thought of leadership’ serta korpus ilmu baharu," katanya.


Sementara itu, Prof Dr Mohammad Redzuan berkata untuk peringkat sarjana, tempoh pengajian adalah minimum setahun manakala doktor falsafah selama tiga tahun mengikut struktur ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan akan dilaksanakan secara dalam talian.


Katanya, bilangan pelajar serta sukatan pelajaran akan ditentukan selepas sesi muzakarah pada Januari depan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page