top of page

“Unicorn Golden Pass” tarik minat pelabur asing sektor teknologi tinggi



Malaysia akan mewujudkan “Unicorn Golden Pass” bagi menarik syarikat unicorn global memasuki negara ini bertujuan menyediakan pekerjaan berkemahiran tinggi dan bernilai tinggi pada masa hadapan.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata demikian dalam ucap tama pada Sidang Kemuncak KL20 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.


"Melalui pelabur dan bakat yang sesuai di Malaysia, kita akan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan Asia Tenggara bagi syarikat teknologi global, dengan Unicorn Golden Pass," katanya dipetik Bernama.


Malaysia, kata beliau akan menawarkan pakej insentif, termasuk pengecualian yuran untuk pas penggajian bagi pengurusan kanan, sewa bersubsidi, kadar cukai konsesi terhadap keuntungan korporat, perkhidmatan penempatan semula, dan concierge syarikat pemula niaga yang menguruskan pendaftaran belakang tabir pada permulaan.


Menurut Rafizi, KL20 mewakili hasrat negara untuk membawa Malaysia dalam 20 ekosistem syarikat pemula niaga terbaik dunia. Semua itu, katanya, akan dianalisis lebih lanjut.


"Selain Kertas Analisis yang akan kami lancarkan hari ini, kami akan memperkenalkan skim yang boleh digunakan serta-merta," katanya.


Tambah Rafizi, pelan Tindakan KL20 menggariskan inisiatif baharu yang akan mempercepat bidang kritikal ekosistem syarikat pemula niaga iaitu modal, bakat dan kualiti syarikat pemula niaga.


"Matlamatnya adalah untuk Malaysia menjadi destinasi pilihan modal peringkat awal dan pertumbuhan; menjadi pusat usahawan bertaraf dunia dan bakat berkemahiran; dan sebagai lokasi bagi syarikat pemula niaga terkemuka dunia yang ingin bermula, berkembang dan berskala," katanya lagi.


Kerajaan dijangka akan beberapa variasi pas seperti “VC Golden Pass,” “Innovation Pass,” “Unicorn Golden Pass,” “GPU Scheme,” “Innovation Belt” dan “Single Window.”


Menerusi “VC Golden Pass,” misalnya, Rafizi berkata, kerajaan mahu pemodal teroka terkemuka dunia, dengan kecanggihan sumber teroka dan capaian global, menjadikan Malaysia sebagai lokasi perniagaan mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page