top of page

UNGA-78: PM tempelak perbuatan bakar al-Quran, Islamofobia



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perbuatan membakar al-Quran, yang berlaku di beberapa negara dengan menegaskannya sebagai tindakan Islamofobia yang jelas untuk mencetuskan kebencian


Perkara itu dinyatakan PM melalui Kenyataan Negara yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di ibu pejabat PBB di New York.


Malaysia tegasnya bimbang dengan kemunculan 'bentuk perkauman baharu' yang dicirikan oleh xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip umat Islam.


Manakala tindakan tidak mengendahkan provokasi terang-terangan terhadap sesuatu agama adalah tidak bertanggungjawab dan menghantar mesej berbahaya kepada kemanusiaan.

"Ini dimanifestasikan dalam trend kebencian yang membimbangkan, sikap tidak bertoleransi, dan tindakan keganasan terhadap umat Islam dan kesucian mereka," katanya.


Pada ucapan itu juga PM meminta dunia menerapkan nilai penerimaan, toleransi dan saling menghormati, serta menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, peradaban dan agama.


Dalam masa sama, semua pihak jelasnya perlu menyatukan kepercayaan mereka bagi tujuan yang sama untuk menggalakkan persefahaman dalam kalangan rakyat dan mengukuhkan keamanan serta keharmonian dalam kalangan negara.


"Ini memang suatu yang sukar namun itulah sebabnya kita berada di sini. Apa yang kita perlukan ialah kepercayaan dan keyakinan untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik, kemahuan untuk bekerjasama di atas platform konsensus dan perpaduan," tambah beliau.


Terdahulu pada Rabu, Anwar dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengeluar kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran dan wacana populis baru-baru ini yang menghasut supaya membenci Islam.


* Foto kredit: Afiq Hambali PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page