Undian pinda Perlembagaan lepas tetapi ada beberapa isu perlu ditangani



Undian bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 bagi mengecualikan pendaftaran pemilih secara automatik kepada ketua-ketua negeri dan waris mereka berjaya diluluskan oleh 181 anggota Dewan Rakyat yang hadir petang tadi.


Bagaimanapun terdapat isu isu yang dibangkitkan oleh Ahli ahli Parlimen KEADILAN tidak mendapat jawapan tuntas daripada pihak yang mengusulkan pindaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Ahli Parlimen Fahmi Fadzil (PH - Lembah Pantai) berkata selain isu keluarga Diraja mengundi, Kerajaan juga perlu menyelesaikan isu Undi 18, di mana majoritinya dalam lingkungan umur berkenaan tidak tahu mereka telah didaftarkan secara automatik kerana tiada pemberitahuan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


"Saya ingin pohon kerana kita lihat di Johor bila berlaku PRN, bila kita masukkan 750,000 pengundi baru ada kalangan mereka tidak tahu telah didaftarkan.


"Kerajaan perlu lakukan kempen besar besaran. Beritahu mereka yang undi 18 tahun ke atas telah didaftar secara automatik. Kerahkan SPR pergi ke kampung, bandar, desa, flat PPRT, uar uar mereka yang 18 tahun sudah boleh mengambil bahagian dalam mengundi.


"Saya pohon pihak kerajaan ambil serius hal ini," katanya.


Bagaimanapun Wan Junaidi memberi jawapan mudah bahawa kempen penerangan tidak dapat dilakukan kerana negara menghadapi pandemik Covid 19 dan perintah Mahkamah Tinggi Kuching yang mahukan perlaksanaan Undi 18 disegerakan pada sebelum berakhirnya tahun 2021, menyukarkan pemberitahuan kepada golongan sasar.


Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH - Hang Tuah Jaya) pula berkata, apakah pengecualian mengundi diberikan kepada keluarga Diraja dilakukan secara meluas, sedangkan di United Kingdom, rujukan utama demokrasi Malaysia, hanya Baginda Queen sahaja yang tidak dibenar mengundi.


"Kita tertanya tanya dalam pindaan ini bukan hanya pengecualian diberikan kepada raja dan permaisuri tetapi juga waris dan lain lain. Saya percaya pasti wujud libat urus dan perbincangan duli duli dalam Majlis Raja raja.


"Saya ingin bertanya YB Menteri untuk direkodkan dalam dewan ini sewaktu penggulungan nanti, apakah sebenarnya point pengecualian ini, yang saya fikir begitu luas konsepnya.


"Kalau kita lihat pengalaman negara Komanwel, sefaham saya di UK, hanya Queen sahaja tidak mengundi kerana dibimbangi mempengaruhi sentimen politik. Saya bersetuju di Malaysia nuansa kita berbeza. Tetapi adakah harus diletakkan pengecualian itu hanya kepada Raja dan tidak kepada yang lain," katanya.


Namun Menteri di jabatan Perdana Menteri tidak menjawab secara lisan soalan berkenaan kerana akesuntukan waktu.


Selain itu, Shamsul juga menegur sikap Ahli Parlimen BN yang terbawa bawa semangat persidangan Umno minggu lalu yang mahu segera membubarkan Parlimen selepas kerajaan kalah pengundian Sosma semalam.


Shamsul mengingatkan agar Ahli Parlimen BN jangan terlalu sombong menyangkakan kemenangan di pihak mereka sedangkan kuasa Tuhan yang menentukan takdir mengatur segala galanya.


"Saya lihat beberapa perbahasan di blok kerajaan seolah olah nak bawa semangat persidangan Umno di Dewan Rakyat.


"Yang semalam itu kalah 2 undi disebabkan masalah di peringkat kerajaan dan memang Umno nak PRU cepat. Bagi saya jangan bawalah semangat itu dalam dewan, sebab benda kecil seperti itu menggugat pentadbiran kerajaan," katanya.


RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 itu juga dibahaskan oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang), Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor),Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena), Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) dan beberapa wakil rakyat PH yang lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER