
Undi kalangan veteran tentera yang tidak dibela dengan baik kehidupan mereka oleh kerajaan BN - PN sangat berharga untuk memenangkan KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Presiden GRVATM, Azizan Salleh atau lebih dikenali sebagai Azizan Memali, KEADILAN perlu mengambil peluang tersebut dan menggembeling veteran bagi menjamin kemenangan untuk sekali lagi PH berkuasa di Putrajaya.
"Di dalam PH ramai veteran dan anak anak. Kita ada 350,000 (veteran) didarab 5 sahaja kita ada 1.7 juta (pengundi), sudah kuat untuk veteran menyokong KEADILAN.
"Kalau dengan sama sama kita berkerjasama kita akan berjaya dalam PRU 14.
"Veteran tentera dan rakyat (ketika ini) sedang meneliti parti mana yang kami nak menumpang kasih. Veteran tengah cari, yang lepas (kerajaan 22 bulan) serabut.
"Gandingan Rafizi dengan Anwar adalah mercu tanda kegemilangan kita di Malaysia," katanya dalam Konvensyen Pilihanraya KEADILAN, semalam.
Menurut Azizan, beliau dan rakan rakan telah menyediakan pelan bertindak untuk menyelesaikan masalah veteran tentera dari pelbagai sudut mewakili pandangan anggota bawahan dan bersedia membentanagkannya kepada pimpinan KEADILAN.
"Saya tentera biasa, mungkin apa yang saya tahu jeneral tidak tahu. Saya tidak ada apa apa jawatan, malah JKKK pun saya tidak mahu. Niat saya dari dulu lagi saya nak tengok PH melalui KEADILAN menang PRU 15.
"Saya tuntut secara terbuka di depan presiden, beri peluang saya secara tertutup (pertemuan bincang kertas kerja) untuk menyelesaikan masalah tentera Malaysia," katanya.
Azizan yang sebelum ini aktif dalam NGO Sekreteriat Veteran Bertindak bagi membela nasib veteran tentera berpencen dan tidak berpencen serta penyokong setia KEADILAN, dijemput untuk berucap kepada pimpinan KEADILAN mencermati luahan pelbagai pihak menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 untuk diangkat sebagai strategi pilihan raya.