Pengundi terutama di negeri Pantai Barat diseru turun beramai ramai mengundi pada petang ini.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, beliau kagum melihat seorang warga emas yang uzur mengundi di DUN Batu Uban dengan dibawa oleh ambulan dan menggunakan katil hospital.
"Aunty tua, uzur, sakit. Tetap mengundi walaupun atas katil hospital.
"Beliau undi demi masa depan anak cucu," katanya dalam catatan di Facebook.
Beliau menyeru agar warganegara yang lebih sihat daripada warga emas berkenaan untuk keluar membuang undi.
"Anda sudah mengundi belum?
"Jom Undi," katanya.
* Kredit gambar: Facebook
Commentaires