top of page

Undi tidak akan pecah di Kuala Langat - manivanan



Kerusi parlimen Kuala Langat sama hebatnya dengan Gombak dan Ampang kerana di sana terdapat nama besar yang telah meninggalkan KEADILAN pasca Langkah Sheraton.


Pada pilihan raya kali ini KEADILAN meletakkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Manivanan Gowin untuk menggalas tanggungjawab merampas kerusi berkenaan daripada penyandang sebelumnya.


Bagi Manivanan, dalam dua minggu awal melakukan gerak kerja di kawasan berkenaan beliau mendapati tidak banyak bezanya penerimaan masyarakat dan tahap sokongan di Kuala Langat berbanding kerusi yang pernah beliau menangi sebelum ini di Kapar, Selangor.


"Bila saya memasuki parlimen Kapar (PRU 2013) masa itu sesuatu yang baru bagi saya. Satu dua minggu saya berinteraksi dan merasakan rakyat boleh menerima saya. Kemudian kita telah mencapai satu kemenangan di parlimen Kapar.


"Begitu juga saya diterima di Kuala Langat. Hari demi hari warga Kuala Langat mengenali saya dan menerima saya. Saya harap sejarah Kapar akan berulang di Kuala Langat.


"Saya tak nampak apa berbeza, demografi sama, kepadatan penduduk sama, jadi saya rasa seperti balik ke kampung sendiri," katanya.


Menurut beliau, perkara yang paling penting menghadapi pilihan raya adalah penyokong KEADILAN dan Pakatan Harapan menerima beliau di Kuala Langat dengan hati terbuka.


Bersatu hati, katanya adalah permulaan kepada gerak kerja menuju kemenangan.


"Saya ingin beri komitmen akan lakukan yang terbaik. Saya akan jumpa dengan penduduk Kuala Langat melalui semua medium yang ada bagi kami memaklumkan manifesto kami. Saya akan beritahu apakah saya akan lakukan sekiranya masuk kembali ke parlimen dan apakah kesejahteraan dan kebajikan yang bakal saya bawa kepada warga Kuala Langat," katanya.


Mengenai kekhuatiran sama ada undi berpecah apabila berlawan 3 penjuru menghadapi BN dan PN, tegas Manivanan, beliau tidak begitu risau kerana pengundi di Selangor matang dalam membuat keputusan dan menentukan apakah yang terbaik buat diri mereka.


"Saya rasa undi tidak akan berpecah kerana dia lebih kepada (apa) gerak kerja kita. Jadi kami tumpukan kepada strategi dan fokus itu sehingga menang," katanya.


Manivanan yakin sekiranya menang beliau akan memberikan khidmat terbaik buat penduduk di kawasan berkenaan selepas 19 November ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page