top of page

Undi PN dapat bantuan, Muhyiddin kembalikan amalan 'cash is king'?



Amalan cash is king yang dipopularkan Perdana Menteri (PM) ke 6 Najib Razak nampaknya mahu dihidupkan kembali oleh PM Muhyiddin Yassin.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil, ucapan Muhyiddin dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelmarin amat mengejutkan dengan pembayangan bantuan dari Kerajaan Persekutuan akan mencurah masuk sekiranya Perikatan Nasional menang pada 26 September ini.


"Saya cukup terkejut membaca kenyataan PM lebih banyak bantuan akan disalurkan sekiranya pengundi Sabah memilih parti Kerajaan Persekutuan pada PRN Sabah nanti. Kenyataan tersebut mewujudkan persepsi pengundi Sabah hanya akan terima lebih banyak bantuan jika mereka memilih parti Kerajaan Persekutuan.


"Dengan kata lain, kenyataan ini berniat mempengaruhi pengundi dengan tawaran: “Undi parti Kerajaan Persekutuan, bantuan lebih banyak. Undi yang lain, bantu cukup syarat sahaja.”


"Ini adalah amalan “cash is king”, yang dahulunya ditegur dan dilawan PM sendiri. Malangnya, kenyataan beliau ini mirip apa yang beliau sendiri tegur dan lawan dahulu. Apa sudah jadi?" soal Fahmi dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyelar Muhyiddin dan mengingatkan PM seharusnya tidak menggunakan isu bantuan untuk meraih undi.


Muhyiddin harus menjadi PM untuk semua negeri dan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja PM untuk negeri-negeri yang ditadbir parti Kerajaan Persekutuan atau mereka yang mengundi parti Kerajaan Persekutuan.


"Jika beliau enggan bantu negeri-negeri pada kadar dan keperluan yang sepatutnya, saya rasa wajar beliau berundur dari menjadi PM.


"Rakyat Sabah berhak memilih mana-mana parti yang mereka ingini, dan Kerajaan Persekutuan tiada hak untuk menafikan keputusan rakyat.


"Saya percaya rakyat Sabah cukup matang dalam menilai yang mana kaca, yang mana permata," katanya lagi.


Untuk rekod, Muhyiddin dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 14 sering menyerang amalam cash is king Najib yang pernah memecatnya dari Umno beberapa tahun sebelum itu ketika isu 1Malaysia Development sedang memuncak.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page