top of page

Undi PH, kembalikan mandat rakyat - Shamsul



Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi ujian getir kepada rakyat negeri itu sama ada ingin kekal di bawah Kerajaan Negeri 'haru biru' dan bergaduh sesama sendiri atau memberi semula mandat kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang terbukti mentadbir dengan baik sepanjang 22 bulan.


Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, rakyat Melaka seharusnya turun beramai-ramai pada hari mengundi pada 20 November ini dan memangkah PH untuk memastikan kestabilan politik dan kemajuan yang berterusan di negeri bersejarah itu.


"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan Parti Keadilan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai calon N.13 DUN Paya Rumput. Mohon doa dan sokongan dari teman-teman semua.


"Ayuh turun dan undi PH. Kembalikan mandat rakyat," katanya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN sejurus selepas dicalonkan semalam untuk mencabar PN dan BN dalam PRN Melaka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page