Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos ini diingatkan untuk mengundi Kerajaan Perpaduan yang lebih tulen atau original idea dalam membela rakyat.
Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, manifesto Selangor yang dilancarkan pasti akan ditiru serta diubahsuai oleh PN untuk dijadikan manifesto mereka.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar pengundi mengundi pihak yang betul ketana pihak yang meniru idea pastinya tidak mengetahui kaedah yang betul untuk melaksanakan idea berkenaan.
"Saya pasti ucapan saya ini akan ditilek oleh lawan kita dalam PN kemudian mereka akan cuba tiru apa kita lakukan, mereka akan buat pindaan apa yang kita bentangkan.
"Bersatu mengaku sebagai suara Melayu, tidak lain cuba meniru Umno - BN. Tetapi copy grade C dan tak layak untuk mentadbir. PN ini adalah copy paste BN.
"Sedangkan Kerajaan Perpaduan mewakili parti yang lebih banyak dan mewakili seluruh Malaysia. PN pula mewakili parti minioriti yang saya percaya mereka akan meniru apa kita lakukan. Jadi pilih yang ori, buang yang palsu," katanya dalam ucapan Pelancaran Tawaran Kita Selangor di Shah Alam, malam tadi.
Dalam pada itu, Amirudin juga mengulang kejayaan agenda merakyatkan ekonomi Selangor sejak 2008 sehingga kini yang menelan belanja berbilion ringgit.
"Bermula dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang sekarang dikenali sebagai Iltizam Selangor Penyayang, dalam 5 tahun sahaja kita belanjakan RM2.3 bilion.
"Tak mampu mana mana negeri juga oleh mana mana permuafakatan atau ikatan (melakukannya). Sebab itu saya yakin dengan tekad dan hala tuju ini, kita mampu membawa kemakmuran dan kestabilan kepada rkayat di dalam negeri kita," katanya lagi.
Comentarios