Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengundi di Sarawak agar memenangkan calon KEADILAN di DUN Lambir, Zulhaidah Suboh.
Katanya, kalau pilih calon lain mungkin mereka hanya akan mengkayakan diri tetapi calon KEADILAN akan membela rakyat terbanyak
"Merdeka Sarawak 58 tahun. Sarawak negeri kaya ke miskin? Kaya. Rakyat miskin atau kaya?
"Itu sebab kita tak boleh lagi (beri kepada GPS). Negeri apa yang tidak ada. Balak, kita tengok saja. Dapat habuk.
"Minyak, gas orang ambil. Tetapi kehidupan kita macam itu saja tak ada perubahan, saya tak kata tak ada apa apa. Elektrik ada, air ada, sekolah ada tetapi jalan teruk. Sekolah tak ikut mutu sekolah yang baik.
"Bagaimana nak jamin anak anak kita boleh berjaya. Atau mahu anak kita berjaya?
"Hospital, ibu bapa kita sakit, kita perlu rawatan yang baik. Tapi kalau bapa kita sakit jantung naik kereta dia mati tengah jalan. Sebab jalan goyang teruk sangat," katanya ketika berkempen semalam.
Menurut Anwar, wakil rakyat di Sarawak biasanya kaya raya, diberi kawasan balak tetapi rakyat miskin selama berpuluh puluh tahun.
"Sekarang wakil rakyat semua kaya, ada balak, ada kontrak macam macam tetapi rakyat sama sahaja. Sebab itu kita minta guna peluang ini sekali dalam 5 tahun.
"Perlu kita buat keputsuan, sokong KEADILAN. Kamu kenal Zulhaidah sudah lama. Banyak kali dia cuba, sedikit miss tak dapat. Sebab GPS datang dengan macam macam amaran. Ini merdeka apa," kata Anwar.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, rakyat Sarawak perlu buat kejutan pada kali ini dengan menghantar Zulhaidah ke Dewan Undangan Negeri (DUN)
"Saya harap kali ini kita buat kejutan. Menangkan Zulhaidah, masuk DUN, beri ucapan pasal tanah, balak, syarikat. Dia gegar DUN.
"Ini masuk DUN, tanya konsesi balak boleh bagi? Tokay balak boleh bagi kawan saya sikit? Ini saja ketua kita. Sebab itu saya minta kali ini berubah," katanya lagi.
Comments