top of page

'Undi calon yang bawa suara rakyat, bukan kaki bodek'



Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor diseru agar melantik wakil rakyat yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri, bukan yang membodek atau mengiyakan apa sahaja kata Menteri Besar.


Hal itu ditegaskan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jelajah kempen ke DUN Tenggaroh, petang tadi.


Beliau turut bertanya apakah yang calon KEADILAN, Zulinah Johari akan perjuangkan jika diberi mandat dalam majlis ceramah di Felda Tenggaroh 2.


"Itu stail saya, nak jadi calon dengar sikit (perancangan). Dia menang apa nak buat. Patut orang macam tu. Ini nama parti besar Umno, Bersatu tetapi pergi ke sidang DUN, 'baik YAB MB', 'setuju', 'sokong'. Nak jadi wakil rakyat buat apa? Kita bukan nak lantik pengampu. Kita nak lantik orang yang suarakan masalah. Ada yang baik dia kena berani suarakan.


"Suarakan itu tentunya ada risiko, orang tak suka. Macam di Parlimen semalam ada perbahasan. Semalam giliran saya, tak kan nak kata PM terima kasih negeri aman, orang senang, jalan semua baik. Itu bohong. Itu penjilat dan pengampu.


"Masalahnya, jika negeri kita ini Somalia atau Bangladesh tak apa susah sikit. Ini Malaysia. Baru ini banjir, bila banjir salahkan perubahan iklim, hujan, angin. Orang tak nak dengar yang itu. Orang dah teruk nak bantu macam mana?


"Johor bagi RM500 sekeluarga. Macam mana KEADILAN perintah Selangor, Negeri Sembilan? Di sana belum pun keputusan RM500, mereka sudah bagi setiap keluarga RM1,000. Sempat dalam seminggu itu beli susu anak, barang, kain lampin. Ini pemimpin kadang asal orang susah tetapi dia lupa daratan," katanya.


Menurut Anwar, jika lantik wakil rakyat yang tidak faham derita rakyat maka isu isu yang melanda penduduk kampung tidak akan dibela, malah wakil rakyat juga tidak akan turun ke wilayah daif dan miskin untuk mengetahui masalah sebenar.


"Kita lantik orang yang tak ada keinsafan derita susah orang, ini masalah pokok bagi saya.


"Tujuan kita dalam politik...... saya tak mahu disamakan dengan politik biasa. Ini politik mewakili yang susah. Ini bukan politik boleh ambil wang, rompak suka hati.


"Bila pemimpin kaya raya rakyat merempat. Politik macam kita susah kerana kita lawan sistem. Siapa yang berani," katanya.


Mengenai fakta bahawa Felda adalah kubu Umno, Anwar menegaskan sekiranya jentera KEADILAN berusaha dengan baik maka mereka boleh memperolehi kemenangan dengan membawakan contoh parlimen Permatang Pauh satu ketika dahulu merupakan kubu Umno nombor satu di Pulau Pinang.


Namun kini, katanya merupakan kubu kebal bagi KEADILAN. Bukan sahaja Anwar, Nurul Izzah pun bertanding di sana mendapat undi majoriti yang tinggi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page