'Undi calon KEADILAN, kita gasak isu harga barang naik' - Anwar



Hampir seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berjalan namun isu yang diketengahkan seputar perebutan kuasa antara parti yang pernah menjadi kerajaan dan mewujudkan pembangkang yang kuat.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu yang paling menekan di seluruh negara tidak pula tidak dibangkitkan.


Katanya, kerajaan Sarawak bertanggungjawab dalam menstabilkan harga barang namun tidak banyak yang mereka lakukan.


"Apa dia isu berat menekan rakyat sekarang? Harga barang. Di Parlimen kita bantah selama berbulan tidak ada mesyuarat jawatankuasa kabinet, tidak ada mesyuarat jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh PM. Baru diadakan pada 9 Disember.


"Jadi kita bantah sebab isu menekan rakyat yang tidak disebut sangat oleh parti kerajaan dan beberapa calon lain kerana persaingan itu lebih banyak soal rebut kuasa dan tidak memihak kepada rakyat.


"Saya bacakan di Parlimen minggu lalu. Harga cili merah kulai, Kota Kinabalu, Sabah RM16, Kota Setar, Kedah RM16, ini mahal daripada biasa. Kota Bharu, Kelantan RM16, Kuching, Sarawak RM35.


"Apa jawapan Menteri yang juga dari Sarawak? Apa penekanan kerajaan Sarawak yang mengatakan mereka bebas berbuat sesuatu. Tetapi masalah rakyat tidak dipedulikan," katanya dalam siaran media.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga membacakan senarai kenaikan beberapa jenis sayuran lain. Antaranya harga kacang buncis, di Kota Kinabalu RM7, Kota Setar RM13, Kota Bharu RM16, Kuching RM16. Juga ayam proses Kota Kinabalu RM10, Kota Setar RM9, Kota Bharu RM9.50 dan Kuching RM11 sekilogram.


Katanya, amat tidak bertanggungjawab kerajaan mengenyepikan soal kenaikan harga dan hanya membahas isu isu lain dalam PRN Sarawak.


"Jadi yang menyentuh soal rakyat diketepikan, cuba dibahaskan soal lain yang tidak terkait sangat kepentingan rakyat.


"Saya tidak nafikan dalam banyak hal Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab. Tetapi tidak boleh dinafikan pimpinan Sarawak juga harus memikul tanggungjawab. Merdeka hampir 60 tahun tetapi kita saksikan dari satu kawasan ke satu kawasan lain cukup menyiksa.


"Oleh demikian, saya harap rakan di Sarawak boleh memikirkan. Yang membicarakan soal ini sebagai wakil saudara dari parti mana yang paling lantang mempersoalkan soal keadilan, soal harga barang. Di Parlimen dan luar Parlimen.


"Sebab itu saya menyeru rakan rakan memberi pertimbangan menyokong calon KEADILAN. Di beberapa tempat lain juga (calon) dari DAP dan Amanah, supaya isu ini kita gasak dan gempar di Parlimen, memaksa kerajaan berbuat sesuatu," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER